Bakal Kahwini Suami Orang, Gadis Buntu Minta Pendapat – “Saya Tak Sanggup Tengok Wajah Isteri Dia, Apa Patut Saya Buat?”

Kehidupan

Bakal Kahwini Suami Orang, Gadis Buntu Minta Pendapat – “Saya Tak Sanggup Tengok Wajah Isteri Dia, Apa Patut Saya Buat?”

Dah macam jadi ‘trend’ pulak gadis bujang bercinta dan mempunyai skandal dengan lelaki berstatus suami atau bapa orang ini.

Namun, lebih dahsyat lagi apabila sekarang ada pula gadis yang semakin berani dan selamba sahaja mengaku mencintai suami orang lain.

Advertisement

mira view chin acah tersakiti
11 months ago

"Glamor Sebab Kes Tak Elok, Tu Kau Bangga?!" - Tahu Ramai Benci, Netizen Menyampah Mira 'Acah' Tersakiti

Tular di Twitter dan Facebook tangkap layar yang mempamerkan seorang gadis dan kekasihnya namun terpaksa menutup wajah lelaki itu kerana merupakan milik orang.

Berdasarkan perkongsian itu, wanita tersebut akui buntu dan meminta pandangan apa yang patut dilakukannya kerana dia sayang pada lelaki berkenaan namun tidak sanggup melihat wajah isterinya.

Salah ke saya bercinta dengan suami orang. Tapi saya tak sanggup tengok wajah isteri dia. Dia pun taknak lepaskan saya. Apa yang terbaik, tolong saya.”

 

Sudah tentulah perkongsian yang berkenaan dengan hal rumah tangga dan isu orang ketiga ini akan meraih perhatian serta mengundang kritikan netizen.

Ruangan komen hantaran itu di Facebook dipenuhi dengan pelbagai jenis respon tetapi antara yang paling banyak adalah nasihat dan sindiran.

Dalam pada itu, sesetengah netizen sempat ‘berseloroh’ menyuruh wanita untuk periksa jika lelaki yang ditutup mukanya dengan emoji tersebut adalah suami mereka.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...