Bakal Doktor, Anak Sulung Ozlynn Dan Johan Sambung Belajar Di Ireland

Hiburan

Bakal Doktor, Anak Sulung Ozlynn Dan Johan Sambung Belajar Di Ireland

Perasaan bercampur baur yang kini sedang dilalui oleh pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn Waty apabila anak sulung mereka iaitu Ahmad Ariq Hanania terbang ke Ireland bagi memulakan pengajian dalam bidang perubatan di universiti di sana Ahad lalu.

3 years ago

"Biarlah Pakaian Anak Selekeh, Asalkan Bahagia.." Ozlyn Nasihat Jangan Pura-Pura Mewah Hanya Di Media Sosial

Advertisement

Kerana merindukan anak sulungnya itu di rumah, Ozlynn berkongsi momen manis mereka sebelum Ariq berangkat meninggalkan Malaysia.

Ariq, papa dan mama sayang kamu. Jadilah anak yang sentiasa mengutamakan akhirat. Doa papa dan mama takkan pernah berhenti selagi bernyawa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Menerusi hantaran video yang dikongsi, dilihat Johan sedang bergurau sambil mendukung anak lelakinya itu, manakala anak-anak yang lain turut meminta bapanya membuat perkara yang sama kepada mereka.

Difahamkan, biarpun sering bergurau senda bersama anak-anak, Johan atau nama sebenarnya Yazid Lim amat tegas ketika mendidik anak-anak terutama Ariq selaku anak sulung.

Ariq anak sulung Johan dan Ozlyn

Meninjau di ruangan komen hantaran itu, rata-rata pengikut serta rakan selebriti turut merasa syahdu dengan coretan yang dibuat oleh seorang ibu selain menzahirkan ucapan tahniah kepada Ariq yang bakal menempuh fasa mencabar untuk bergelar sebagai doktor.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...