Bakal Berduet Dengan Penyanyi Antarabangsa, Ini Semua ‘Pahala’ Daripada Kritikan Netizen – Nur Fazura

Hiburan

Bakal Berduet Dengan Penyanyi Antarabangsa, Ini Semua ‘Pahala’ Daripada Kritikan Netizen – Nur Fazura

Buat mereka yang pernah mengutuk kualiti nyanyian Nur Fazura, silalah telan balik kata-kata anda itu. Ini kerana Fazura telah mengesahkan yang dia bakal berduet dengan penyanyi antarabangsa yang menjadi idolanya selama ini tidak lama lagi. Ini adalah satu pencapaian yang amat mengkagumkan, lebih-lebih pengalaman Fazura di dalam bidang nyanyian bolehlah dikatakan masih setahun jagung.

fazura

Advertisement

Namun identiti penyanyi antarabangsa itu tidak didedahkan oleh Fazura. Biasalah tue. Buat suprise sikit. Nanti lagu dah siap barulah kita tahu identitinya. Kata Fazura:-

Saya sangat teruja apabila seorang penyanyi antarabangsa mahu berduet dengan saya. Cuma saya tidak boleh dedahkan siapa gerangannya. Semua ini adalah hasil kerja keras saya yang banyak membuat latihan. Ini juga ‘pahala’ yang saya dapat daripada kritikan netizen hingga saya diberi rezeki pergi jauh

fazura

Peluang sebegini tidak boleh disia-siakan oleh Fazura. Siapa tahu selepas ini nama Fazura akan meletup sehingga ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara lain di luar sana. Abang Nara doakan segala perancangan berjalan lancar. Tak sabar rasanya nak tunggu lagu duet Fazura dan penyanyi antarabangsa tersebut. All the best and good luck. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...