Baju Uqasha Tidak Seksi Cuma Nampak Bentuk Badan, Ia “Aset” Yang Dikurniakan Tuhan Untuknya – Hefny Sahad

Hiburan

Baju Uqasha Tidak Seksi Cuma Nampak Bentuk Badan, Ia “Aset” Yang Dikurniakan Tuhan Untuknya – Hefny Sahad

Baru-baru ini, pelakon Uqasha Senrose dikecam lagi kerana penampilannya yang seksi sehingga menampakkan bukan sahaja bentuk badan tetapi buah dadanya juga.

Advertisement

Sebagai kekasih Uqasha, Hefny bagaimanapun tidak mahu terlalu mengambil peduli tentang komen-komen negatif yang dilemparkan kepada Uqasha dan berpendapat pakaian Uqasha sebenarnya tidaklah “terlampau seksi” seperti yang didakwa ramai.

Pada saya baju yang dipakai Uqasha tidaklah terlalu seksi atau terdedah sana sini, mungkin menampakkan bentuk badannya sahaja. Begitu pun, ia merupakan aset yang dikurniakan Tuhan untuknya. Artis memang akan menjadi perhatian masyarakat, jadi kita tidak boleh menutup mulut orang. Buat baik pun tetap akan dikecam. Saya tidak mahu memanjangkan hal ini, berilah komen apa sahaja, moga mereka diberi ketenangan suatu hari nanti.

Bukan kali pertama menjadi mangsa kecaman netizen, Hefny yakin Uqasha sudah lali dan lebih matang untuk menghadapi situasi tersebut. Namun, Hefny tetap memberikan kata-kata semangat buat Uqasha agar pelakon wanita itu tidak terus tertekan.

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...