“Baju Gambar Setan!” – Wanita Terkejut Tiba-Tiba Ada Makcik Tegur, Marah Pakaian ‘Seksi’

Kehidupan

“Baju Gambar Setan!” – Wanita Terkejut Tiba-Tiba Ada Makcik Tegur, Marah Pakaian ‘Seksi’

Seorang wanita bernama Farrah baru-baru ini terkejut apabila seorang makcik tidak dikenalinya tiba-tiba memarahinya kerana didakwa berpakaian seksi. Hal itu dikongsikan adiknya di Twitter dan telah mendapat perhatian ramai warganet.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik itu, makcik memakai baju kuning dan bertudung coklat itu dilihat memarahi Farrah ketika mereka sedang menaiki eskalator.

Advertisement

Please if someone jumpa mak cik ni please nasihat dia elok-elok sikit ajar adab cara menegur orang.”

Farrah yang merakamkan kejadian itu didengari mempertahankan dirinya kerana terkejut tiba-tiba didatangi dan diserang dengan kata-kata sebegitu oleh seseorang tidak dikenalinya.

Makcik itu pula ada berkali-kali menyuruhnya jalan di belakang supaya dia tidak akan lihat cara pemakaian Farrah.

Segelintir netizen mengkritik Farrah kerana bercakap dengan nada yang kasar dan menggunakan bahasa ‘kau aku’ ketika berdepan dengan makcik tersebut.

Namun, melalui Instagram Farrah telah menjelaskan apa yang berlaku dari mula dia terjumpa dengan makcik berkenaan. Katanya, jelas kedengaran makcik itu berkata,

Baju gambar setan!”

Apabila dia menoleh, makcik tersebut menjegil mata kepadanya dan terus bercakap dengan suara yang kuat sehingga orang awam di sekeliling turut terdengar.

Menurut Farrah baju yang dipakainya bercorak muka harimau dan tidak tahu mengapa makcik itu berkata ianya adalah gambar syaitan.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen di Twitter adiknya di mana rata-ratanya tidak bersetuju dengan cara makcik itu memberikan teguran.

Ada yang turut menyenaraikan cara untuk menegur orang lain dan ada juga yang berkata kedua-dua Farrah dan makcik itu tidak beradab dalam berkomunikasi antara satu sama lain.

Selalunya dalam hal sebegini, ramai yang berbeza pendapat. Sama-sama berbudi bahasa. Beradab dalam menegur dan mereka yang ditegur pula perlu menerima teguran dengan baik.

2 years ago

"Selekeh, Taik Letak Atas Meja" - Dah Tegur Tapi Tak Endah, Lelaki Ini 'Ajar' Perokok Degil Di Restoran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...