“Baik Pergi Mekah..” Kena Kecam Beli Lamborghini, Adik Iqbal Yang Kini Hamil Dikecam Netizen

Hiburan

“Baik Pergi Mekah..” Kena Kecam Beli Lamborghini, Adik Iqbal Yang Kini Hamil Dikecam Netizen

Impian akhirnya termakbul, harapan seorang wanita yang sedang hamil untuk memiliki kereta mewah jenama Lamborghini telah tercapai nampaknya.

Iqbal DS VIda
3 years ago

Difitnah 'Berselera' Dengan Kaum Sejenis, Ini Jawapan Balas Iqbal Zulkefli

Advertisement

Wanita yang dikenali sebagai Ayunie,19, itu pernah tular di aplikasi TikTok sebelum ini di mana dia didakwa telah sedaya upaya memujuk suaminya untuk membeli kenderaan mewah itu.

Difahamkan juga, Ayunie merupakan adik kepada bekas pembantu peribadi DS Vida iaitu Iqbal Zulkefli.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOSS OF VITAMILK (@ayunieso_)

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik ke akaun TikTok suaminya, wanita tersebut kelihatan begitu gembira dan terlompat keriangan apabila menerima hadiah tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa terhibur dengan telatah suami isteri itu dan ada juga yang mengatakan segala nikmat yang diperoleh adalah rezeki anak yang bakal lahir nanti.

Namun, ada juga yang mendakwa video tersebut sekadar ‘marketing’ dan ia hanyalah disewa oleh suami Ayunie.

IG Story Ayunie

“Dari beli kereta baik pergi Mekah..” antara komen yang ditulis netizen.

Enggan memperbesarkan isu tersebut, Ayunie yang merupakan pengasas produk kecantikan itu mempunyai jawapannya yang tersendiri.

Adik kepada Iqbal ini dahulu pernah dikritik netizen kerana mengidam sesuatu yang mahal dan suaminya telah berjanji untuk membeli Lamborghini tersebut setelah hantaran video TikTok tersebut mendapat 100,000 tanda suka.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Ayunie

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...