Bagi Tauladan Yang Salah, Hentikan Parodi Mak Jemah, Sarabanon Faiz Dickie Dan Ucop – Hafiz Hamidun

Hiburan

Bagi Tauladan Yang Salah, Hentikan Parodi Mak Jemah, Sarabanon Faiz Dickie Dan Ucop – Hafiz Hamidun

Tidak serik dengan apa yang berlaku kerana isu dirinya memuat naik video menari seksi berpakaian wanita pada awal Ramadhan lalu, Instafamous Faiz Roslan sekali lagi membangkitkan kemarahan orang ramai apabila secara terbuka mengaku dirinya tidak berpuasa kerana ia tidak memberikan sebarang makna. Amalannya itu tidak akan dikira kerana dia tidak mengerjakan solat lima waktu.


Pengakuan Faiz itu mendapat kecaman daripada netizen dan juga beberapa selebriti tanah air. Hafiz Hamidun antara selebriti yang membidas kenyataan Faiz.

Advertisement

Hafiz meminta Faiz untuk tidak terlalu bangga dengan dosa yang dilakukan apatah lagi menceritakan ia kepada orang ramai. Tindakannya itu bukan sahaja mengundang rasa benci manusia tetapi tidak mendapat keredhaan Allah SWT.

Dalam pada itu, Hafiz juga sempat membuat teguran kepada beberapa invidu lain yang dikenali dengan parodi menyerupai perempuan seperti Mak Jemah ( Johan Raja Lawak menerusi radio ERA FM), Faiz Dickie ( Sarabanon, Mak Leha) dan Ucop.

Hafiz meminta mereka menghentikan setiap karakter dan program yang diwujudkan serta-merta kerana ia memberikan tauladan yang salah pada masyarakat dan menggalakkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Tidak dinafikan, sekarang ini memang “trend” untuk orang ramai melakukan parodi, ada yang sampai tahap sanggup berhias habis-habisan demi untuk menjiwai sesuatu watak termasuklah yang lelaki menjadi perempuan. Apa pendapat anda? Patutkah ia dihentikan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...