“Bagi La Happy Sikit, Dari Terkinja-Kinja Mesej Suami Orang” – Zarina Anjoulie Jawab Dakwaan Kian Seksi Lepas Bercerai

Hiburan

“Bagi La Happy Sikit, Dari Terkinja-Kinja Mesej Suami Orang” – Zarina Anjoulie Jawab Dakwaan Kian Seksi Lepas Bercerai

Selepas sahaja mendedahkan sudah bercerai selepas baru 6 bulan berkahwin, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat penampilan Zarina Anjoulie yang dilihat semakin ‘daring’.

zarina anjoulie bercerai
3 years ago

"Selalu Pakai T-Shirt Besar.." - Baru Bercerai, Netizen Pertikai Penampilan Terdedah Zarina Anjoulie

Advertisement

Mungkin diasak dengan pelbagai komen kurang manis, Zarina ataupun Anju tampil menyangkal dakwaan tersebut selain mengecam pihak yang menuduhnya semakin seksi selepas bergelar janda.

“Itu pun orang tak senang eh, bagi la Anju happy sikit, daripada terkinja-kinja mesej suami orang. Hidup kita ni masing-masing lah, kalau dah lepas cerai apa salahnya Anju nak happy-happy sikit.”

zarina anjoulie

Jelas wanita itu lagi, tidak semestinya dia perlu meratapi nasib dan terus hidup miskin setelah kembali hidup sendiri.

“Anju nak guna masa ni untuk cari duit, senangkan keluarga dan anak. Anju tak mahu jadi janda miskin lepas tu terkinja-kinja mesej suami orang.”

Anju juga bersyukur dengan peluang yang mengetuk pintu rezekinya apabila dia berkongsi bakal membintangi sebuah filem tak lama lagi selain dilantik sebagai duta produk.

“Tuhan tu maha adil, semua tu rezeki yang tiba-tiba je muncul. Alhamdulillah.”

Yang penting, Anju puas hati dengan kehidupannya. Betul tak?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...