Badan Langsing Persis Anak Dara, Netizen Puji Elfira Loy Semakin Cantik Selepas Bersalin

Hiburan

Badan Langsing Persis Anak Dara, Netizen Puji Elfira Loy Semakin Cantik Selepas Bersalin

Selepas bersalin, wanita memang agak sukar untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik dan kurus, tetapi selebriti popular Elfira Loy nampaknya dapat menurunkan berat badan secara drastik dan tampil sangat menawan persis anak dara.

elfira loy

Advertisement

Badannya yang semakin langsing selepas melahirkan anak sulungnya Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober lalu, sememangnya mencuri tumpuan ramai. Rata-rata netizen memuji Elfira kelihatan lebih cantik dan ‘hot’.

Namun, kata Elfira bukan mudah untuk menurunkan berat badan sebanyak 17 kilogram berbanding sebelum ini. Dia sangat disiplin bagi mendapatkan bentuk badan idaman dan mengamalkan memakai bengkung pada jangka masa lama walaupun ketika tidur.

elfira loy kurus selepas bersalinelfira loy turun 17kgelfira loy

Saya amalkan pantang cara tradisional dan memang betul-betul ikut setiap rutinnya. Sekarang sudah pun selesai pantang. Setiap hari rutinnya sama, saya amalkan bertangas, bertunku dan sebagainya. Malah pakai bengkung memang 10 jam sehari tu memang pakai saja, tidur pun pakai.

Dari segi pemakanan saya memang jaga. Tempoh 44 hari  itu saya amalkan makanan khas ibu berpantang. Kemudian, tambah lagi seminggu berpantang. Itu inisiatif sendiri.

elfira loyKagum betul dengan Elfira, memang perlukan dedikasi dan disiplin tinggi untuk dapatkan bentuk badan ideal. Hasilnya dia lebih anggun dan cantik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...