Babak Sihir Sup Bunjut Dalam Drama Nur Cuit Hati Penonton

Hiburan

Babak Sihir Sup Bunjut Dalam Drama Nur Cuit Hati Penonton

Drama Nur yang sedang ditayangkan di TV3 tidak kami nafikan cukup mantap baik daripada segi jalan cerita, pengarahan, skrip sehinggalah barisan pelakon yang hebat. Tidak hairanlah jika drama tersebut mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton.

Advertisement

Kebanyakkan babak dalam Nur mampu membuatkan ramai yang mengalirkan air mata dan tersentuh dengan setiap mesej yang cuba disampaikan apatah lagi diselit juga dengan beberapa hadis serta kata-kata yang menusuk tepat ke dalam jiwa. Namun, siapa sangka ramai yang akan ketawa terbahak-bahak saat menonton babak “sihir” sup bunjut  semalam.

Penonton masih belum dapat “move on”  bila teringatkan betapa yakinnya kakak kepada Adam iaitu Aisyah (lakonan Noorkhiriah) sanggup memasukkan tangannya dalam sup panas untuk keluarkan bunjut dan ingin membuktikan Nur sudah menyihir keluarga mereka.

Memang kelakar habis kan babak sup bunjut semalam? Memang mencuit hati betul, sudah lama rasanya kami tidak menonton drama yang betul-betul berkualiti.  Tinggal tiga episod sahaja lagi sebelum drama Nur berakhir, macam tak sabar pula ingin lihat penamat drama yang paling epik dan sangat berkualiti karyanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...