Azri Iskandar Senyap-Senyap Cucuk Vaksin, Ellie Suriaty Reda, Enggan Bertekak Suami Isteri

Hiburan

Azri Iskandar Senyap-Senyap Cucuk Vaksin, Ellie Suriaty Reda, Enggan Bertekak Suami Isteri

Pelakon dan juga pengarah terkenal, Ellie Suriaty Omar mengakui hatinya reda mengenangkan tindakan suami yang juga pelakon Azri Iskandar telah menyuntik vaksin COVID-19 tanpa pengetahuannya.

Ellie Suriaty
3 years ago

Amal Makanan Sunnah Dan Tolak Vaksin, Ellie Suriaty Hormat Keputusan Anak

Advertisement

Kata Ellie yang lantang menolak vaksin sebelum ini, dia terpaksa akur dengan tindakan suaminya itu.

Difahamkan Azri Iskandar telah lengkap dua dos vaksin kerana tuntutan kerjanya sebagai penggiat industri seni.

Azri dah vaksin, dah dua dos. Dia buat tu pun tak cakap dengan saya. Pada saya..saya pun tak nak bergaduh kerana itu pilihan dia. Tak apa la, tak ada bergaduh kat rumah.

Ellie yang dihubungi sebuah media menjelaskan bahawa dia bersikap rasional kerana suaminya itu perlu keluar mencari kerja berikutan mencari nafkah untuk mereka sekeluarga.

Tambahan pula kerjaya Azri sebagai pelakon dan FINAS telah pun menetapkan syarat untuk mereka yang terlibat dalam industri seni lengkap dua dos terlebih dahulu sebelum mula bekerja.

Dia tak happy dengan perkara ini (vaksin). Tapi sebab dia ketua keluarga, kena cari nafkah. Sebab itu dia buat ni diam-diam tanpa beritahu saya..tahu-tahu je dah dua dos vaksin.

Ujar Ellie lagi, dia enggan bertikam lidah mengenai perkara itu dan bertegas akan meneruskan pengambilan makanan sunnah bersama dua lagi anaknya.

Terdahulu, Ellie ada mengeluarkan kenyataan di mana dia menyokong tindakan kedua-dua anaknya untuk menolak vaksin malah dia sendiri mengakui turut tidak mengambil suntikan pelali itu.

Malah, Ellie telah membuat keputusan untuk memberhentikan anak-anaknya dari sekolah sekiranya mereka  masih dipaksa untuk menerima vaksin tersebut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...