Azri AF9 Sudah Dibebaskan : Akui Serik Dua Minggu Meringkuk Dalam Penjara

Hiburan

Azri AF9 Sudah Dibebaskan : Akui Serik Dua Minggu Meringkuk Dalam Penjara

Semalam, bekas peserta AF9 iaitu Azri sudah dibebaskan setelah dua minggu menjalani hukuman penjara atas dakwaan mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas.

Advertisement

Menerusi portal mStar Online, Azri mengakui pengalamannya meringkuk di dalam penjara banyak memberikan beliau pengajaran.  Ia turut menimbulkan rasa kekesalan dalam diri Azri sehingga membuatkan beliau merasa serik.

Alhamdulillah, ini satu pengalaman dan pengajaran buat saya. Saya terima semuanya dengan hati terbuka. Tiada apa yang menarik pun di dalam penjara. Memang serik, lepas ni dah tak mahu masuk lagi. Namun saya lega kerana semuanya sudah selesai, saya harap netizen tidak lagi bercerita mengenai kes ini.

Azri berkata beliau akan lebih menghargai isteri tercinta, Salma dan anak-anaknya selepas ini. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam kes ini. Berhenti mengecam dan kalau boleh doakan yang terbaik sahaja buat mereka sekeluarga selepas ini.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...