Semalam, bekas peserta AF9 iaitu Azri sudah dibebaskan setelah dua minggu menjalani hukuman penjara atas dakwaan mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas.
Menerusi portal mStar Online, Azri mengakui pengalamannya meringkuk di dalam penjara banyak memberikan beliau pengajaran. Ia turut menimbulkan rasa kekesalan dalam diri Azri sehingga membuatkan beliau merasa serik.
Alhamdulillah, ini satu pengalaman dan pengajaran buat saya. Saya terima semuanya dengan hati terbuka. Tiada apa yang menarik pun di dalam penjara. Memang serik, lepas ni dah tak mahu masuk lagi. Namun saya lega kerana semuanya sudah selesai, saya harap netizen tidak lagi bercerita mengenai kes ini.