Azmil Mustapha Respon Anak Gadisnya Jadi Model: Hidayah Itu Milik Allah

Hiburan

Azmil Mustapha Respon Anak Gadisnya Jadi Model: Hidayah Itu Milik Allah

Azmil Mustapha ialah antara pelakon era 80-an yang popular. Pernah mencipta nama dalam filem-filem seperti Mekanik, Ali Setan, Suara Kekasih dan Matinya Seorang Patriot, Azmil kini sudah tidak lagi menceburi industri hiburan pada usia 64 tahun dan lebih banyak menumpukan kepada aktiviti keagamaan dan berdakwah setelah bertaubat.

Advertisement

Namun begitu, Sinar Harian telah menanyakan pada Azmil mengenai anak gadisnya yang dikenali ramai sebagai seorang model muslimah. Azmil punya jawapan tersendiri untuk persoalan tersebut:

Benar, dia seorang model. Sekarang pun masih ‘shooting’ lagi. Bukan saja di Malaysia, malah kerjayanya memerlukannya ke luar negara.

Jika ada yang tanya kenapa anak model, ayahnya begini, saya hanya boleh jawab hidayah itu milik ALLAH SWT

Azmil tidak menghalang minat anak-anaknya jika kecenderungan mereka ialah ke arah bidang seni:

Anak saya muda lagi, minat ke arah itu… jadi kita ok sajalah. Kalau nak cakap lebih-lebih pun, kita dulu pun dalam bidang ini juga.

Tak apalah, doa yang baik-baik saja.

Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Azmil mempunyai anak perempuan, Nur Shamira, seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Manakala dengan isteri kedua pula, dia kurniakan empat anak iaitu Nur Azalea Arifah, Nur Amalia Batrisha, Muhammad Bazli Zhafri, dan Nur Alya Iman, yang merupakan seorang model.

Kedua-dua perkahwinan itu bagaimanapun tidak berkekalan. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...