Azlee Khairi Mengaku Kini Sedang Bercinta Dengan Usahawan Kosmetik

Hiburan

Azlee Khairi Mengaku Kini Sedang Bercinta Dengan Usahawan Kosmetik

Pelakon yang pernah membintangi drama popular Seadanya Aku, Azlee Khairi baru-baru ini mengakui kini sedang hangat bercinta dengan seorang ahli perniagaan dan pengasas kosmetik yang dikenali sebagai Aniss sejak hampir setahun yang lalu.

Namun begitu, Azlee berkata dia masih tidak mempunyai perancangan untuk ke fasa seterusnya bersama gadis berusia 22 tahun itu.

Advertisement

Dia yang ditemui Harian Metro itu turut memberitahu bahawa perkenalan antara mereka berdua itu terjalin ketika kemunculan semula Azlee ke dalam bidang lakonan sejak setahun lalu. Setelah mengenal hati budi, hubungan keduanya menjadi semakin selesa namun Azlee tidak mahu meneruskan ke fasa yang lebih serius selagi tidak mendapat persetujuan daripada keluarga Aniss sendiri.

View this post on Instagram

Biarlah org nak ckp kita banyak persamaan skalipun..yg penting kita dengar, faham, patuh arahan PKP #stayathome #dudukrumah

A post shared by azleekhairiofficial (@azleekhairiofficial) on

Azlee yang turut pernah membintangi drama Love Your Mr. Arrogant pada tahun 2013 lalu itu berkata bahawa setakat ini, hubungan mereka berdua mendapat reaksi positif daripada keluarga si gadis.

View this post on Instagram

Rupanya sy dah jumpa adik beradik kembar sy tertukar masa lps lahir dulu..kenal kan sy AZLEE ni kembar sy AZARA

A post shared by azleekhairiofficial (@azleekhairiofficial) on

“Buat masa sekarang apabila bersembang dalam telefon memang positif. Tapi nak kena bercakap bertentang mata juga. Orang kata ‘man to man talking’ itu lebih bagus,”

Ini sekaligus menjawab spekulasi netizen yang mengaitkan dirinya dengan isu perkahwinan serta gosip percintaannya dengan aktres Zara Zya.

Menurutnya, Aniss telah mengetahui mengenai perkara tersebut sejak awal perkenalan. Malah, gadis tersebut tidak memaksa Azlee untuk bercerita mengenai perkara yang lepas.

Pelakon yang berusia 31 tahun ini juga memberitahu bahawa akan tetap fokus dalam bidang seni kerana itu adalah matlamat utamanya ketika menceburkan diri dalam dunia hiburan.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...