Siapa sangka sebenarnya sudah masuk bulan kesembilan Datuk Aziz Sattar, 87 tahun bercerai dengan isterinya, Hashimah Delan. Terkejut Abang Nara membaca berita penceraian ini di BiPop semalam. Pak Aziz telah menceraikan isterinya pada 3 Mac lalu kira-kira jam 6.30 petang.
Menurut Pak Aziz, ketika lafaz cerai dilakukan, emosinya sedang terganggu. Katanya:-
Pada masa itu, fikiran dan perasaan saya tidak tenang kerana berlaku perselisihan faham yang kecil antara kami. Lagipun pada masa itu saya penat dan baru pulang dari Kuantan, Pahang pada sebelah tengah hari. Apabila berlaku perselisihan faham, tiba tiba terkeluar lafaz “I cerai you talak satu”.
Selepas lafaz cerai dilakukan, Pak Aziz ingin segera rujuk kembali dengan isterinya. Sayangnya oleh kerana terlalu sibuk dengan penggambaran drama dan dimasukkan ke Hospital Ampang, perkara tersebut telah tertangguh. Apa pun, Pak Aziz kini telah beransur sihat dan sedang dalam usaha untuk memujuk isterinya agar rujuk kembali.
Semoga usaha memujuk oleh Datuk Aziz Sattar akan berhasil secepat mungkin. Bukan senang untuk memujuk seorang perempuan, namun kalau kena caranya, pasti niat murni ini akan tercapai jua. Sama-samalah kita doakan.

mie rebus
November 27, 2012 at 9:10 am
mak aiii paj ajis nk cerai pon ber “i” “u” jugakssss..
Minah tonggeng
November 27, 2012 at 8:27 am
Sori pak ajis aku tak mau ko lagi. Buat ape. Ko uruskanlah diri ko sendiri.bila ko hendak ko kawin aku bila ko tak nak ko campak aku. Bye bye.
A
November 27, 2012 at 12:50 am
Sukeeee atiiiiiiiiii je~
Anonymous
November 26, 2012 at 10:14 pm
Bila muda bercerai org kata muda2 dah bercerai….bila tua bercerai org kata dah tua kerepot pun nak cerai…moral of the story sudah suratan takdir…kalau boleh elak baik elakkan cerai berai….
Anonymous
November 26, 2012 at 9:37 pm
9 bulan baru nk rujuk balik?… lebih pentingkan shooting dari perasaan bekas isteri…. dan terlantar sakit, baru ingat bekas isteri…. kalau aku la, sorry ye orang tua… pergi cari org lain…
lapok
November 29, 2012 at 5:24 pm
jgn mngata kluarga org. kalau org mngata kluarga kau nnti kau yg tak suka. karma beb.