Azhar Sulaiman Resah Tengok Perubahan Warna Rambut Anak Gadisnya

Hiburan

Azhar Sulaiman Resah Tengok Perubahan Warna Rambut Anak Gadisnya

Tampil dengan imej baharu apabila anak gadisnya, Kasih Iris Leona mewarnakan rambut dengan rona jingga, pelakon Azhar Sulaiman dilihat resah dan runsing dengan penampilan yang digayakan cahaya matanya itu.

warna rambut anak azhar sulaiman

Advertisement

Biarpun usia anaknya kini telah mencecah 18 tahun, namun Azhar yang dilihat seakan tidak selesa dengan imej tersebut. Hal ini kerana, menerusi perkongsian di laman instagramnya, Azhar memuat naik foto bersama anaknya sambil menepuk dahi seolah tidak dapat menerima perubahan yang dilakukan anaknya.

“Ya Allah.. jingga laa pulak rambutnyaa.. Ingat I was the only one yang giler today.. rupanya..”

Di ruangan komen rata-rata pengikutnya seakan terhibur dengan reaksi yang ditonjolkan anakanya itu. Malah ramai dalam kalangan peminatnya menganggap perkara itu seakan biasa dalama kalangan remaja yanh sedang meningkat dewasa.

Lebih menarik, ada juga yang turut berkongsi kisah mereka yang turut berdepan perkara sama apabila anak remaja mereka juga turut mewarnakan rambut dengan warna yang terang.

warna rambut anak azhar sulaiman

Bagaimanapun, wujud juga segelintir pihak seperti tidak sehaluan dengan pendapat orang lain. Hal ini kerana, ada yang mneyeru supaya Azhar meninjau perkembangan anaknya supaya tidak mudah terpengaruh dengan sesuatu perkara.

Malah menyeru agar puterinya itu membesar menjadi anak yang solehah dan mampu berbakti kepada kedua ibu bapa, sekali gus mampu menjadi cerminan para muslimah dan berhijab suatu hari nanti.

Untuk rekod, Kasih merupakan pelajar pintar apabila berjaya memperoleh keputusan cemerlang iaitu 7A dalam peperiksaan SPM tahun lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...