Azhar Sulaiman Dicaci, Dihina Dan Akaun Facebooknya Digodam

Hiburan

Azhar Sulaiman Dicaci, Dihina Dan Akaun Facebooknya Digodam

Kadang-kadang apabila menyuarakan pendapat kita, lebih-lebih jika sebagai seorang selebriti, kita perlulah berhati-hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh membangkitkan kemarahan sesetengah pihak. Cubalah berbicara secara berhemah.
azhar sulaimanWalaupun Abang Nara simpati terhadap apa yang terjadi kepada Azhar Sulaiman, tindakannya sebelum ini boleh dikatakan seperti mencurah minyak ke dalam api. Akibatnya, akaun Facebook Azhar Sulaiman digodam dan dirinya menerima cacian dan makian menerusi Facebook. Kata Azhar Sulaiman menerusi Mstar Online:-

Saya menerima cacian dan maki hamun melalui Facebook selain akaun itu turut digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga ia tidak lagi boleh berfungsi. Saya tidak bermaksud untuk mencari populariti tetapi saya mahu Barisan Nasional kekal memerintah.

Advertisement

azhar sulaimanLaporan polis sudah pun dilakukan oleh Azhar Sulaiman berkenaan perkara ini. Nasihat Abang Nara kepada semua, tak perlulah poyo sangat update status Facebook berkaitan politik sehingga boleh menimbulkan kemarahan orang lain. Rileks je. Yang penting, Ahad ini turun mengundi dan buatlah yang terbaik untuk masa depan kita.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...