Written by serenity | September 17th, 2018

Pelakon Zarina Zainuddin telah dikurniakan sepasang anak kembar lelaki yang dinamakan Azal dan Azil. Mereka berdua ialah anak autisme dan Zarina rajin mengongsi gambar dan video anak-anaknya mengenai cara dia menguruskan mereka berdua.

Baru-baru ini Zarina memuat naik dua video Azal meminta untuk berkahwin, sehingga bertindak memukul kepala sendiri. Seolah-olah buntu apa yang patut dilakukan, Zarina terus memujuk Azal dan meminta Azal bersabar.

Sikap Zarina yang bersabar dalam menguruskan karenah anak-anaknya mendapat pujian Netizen.

Bagaimanapun, ada yang mempertikaikan mengapakah Zarina memuat naik video keduanya meragam ke media sosial kerana ia dianggap seperti cuba meraih perhatian.

Walaupun begitu, komen-komen itu disanggah oleh sesetengah pengikut Zarina, yang merasakan video-video Azal dan Azil yang dimuat naik oleh Zarina memberi pengetahuan dan kesedaran mengenai autisme, memandangkan kesedaran mengenainya tidak meluas seperti di negara-negara maju.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Video Azal dan Azil mendapat perhatian bukan saja di Malaysia, malah turut menarik perhatian pengikut-pengikut Instagram dari Indonesia. Malah ada yang mempelawa Azal untuk tinggal di Indonesia.

View this post on Instagram

Assalamualaikum, Orang boleh cakap tapi sintuasi tak sama kita yang alami ,azal terganggu dengan azil sebab azil kembar azal satu uri azal cuba memahami azil tapi azil tak boleh bercakap gerak bahasa pun lain azil lebih sensitif berbanding azal ,azal terlalu sayangkan azil dan cuba menjaga azil sebaik mungkin ,makan minum ,ubat azil semua azal yang jaga . Ini aturan Allah buat saya..setiap pagi azil bangun menanggis pukul2 mukanya hingga berdarah hidung kalau saya terlambat bawak dia beli surat khabar dan susu kotak di kedai ..? Bukan semua peristiwa saya rakam ada yang saya sempat kongsi ada yang saya rasa tak perlu .. Azil sebenarnya mengamuk setiap dua jam umpama anak kecil nak mintak susu Azal pula sebolehnya pagi dia nak keluar rumah sebelum azil bangun dia risau azil mengamuk dia akan mengamuk juga bila dua dua mengamuk susah nak leraikan maka akan keluarlah ayat ayat dari azal dia nak luahkan perasaan amarahnya. Azal sebebarnya boleh hidup normal beri dia peluang untuk mengenal erti hidup ,InsyaAllah Kun fa Ya Kun ?

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Bagaimanapun, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Setiap muat naik gambar atau video oleh Zarina dalam membesarkan anak-anaknya diiringi oleh doa oleh pengikutnya agak dia dan anaknya diberi ganjaran syurga. Juga mereka memintanya agar teruskan bersabar dan mengakui diri mereka tidak kuat dan mungkin tidak boleh mengharungi cabaran tersebut seperti Zarina.

Mungkin juga kata-kata positif seperti ini boleh membantu Zarina, Azal dan Azil menguatkan diri menghadapi cabaran dengan lebih tabah. Semoga Zarina dan anak-anaknya berjaya di dunia dan di akhirat. – beautifulnara.com

10 responses to “Azal Nak Kahwin!”, Kesabaran Zarina Zainuddin Urus Anak Autisme Dapat Pujian

  1. damai says:

    its not easy to handle anak2 special, mcm autism, dan cacat lahiriah, dan mcm2 sakit. lagi2 just mild autism sahaja, mrk pasti ada desire dan keinginan cuma x tahu cara bgm, dah lah recently budak autism ditangkap cos of katanya dia raba asset seorg wanita, parents autism try to explain tapi victim parents do not want to accept explanation, sedih kan. budak autism nie x semua org akan faham dan understand them

    13

    1
    • Ostajah jadian says:

      Kita semua nak memahami keadaan mereka. Tapi bayangkan pula wanita yg kena raba tu, kalau kita berada di tempat dia mungkin kita pon trauma kena raba, x kisah apa latar blakang org yg meraba. Cuma satu sy minta, sekiranya kita ada anak2 istimewa ini, sekiranya didikan pon tak jalan (sebab dia x akan faham), kita awasi lah mereka sedaya upaya.. ibu/bapa/adik beradik atau keluarga terdekat harus bertanggungjawab berada disisi pesakit selalu..

      43

      1
      • Anonymous says:

        Setuju. Org hanya tahu hentam si mangsa. Cuba diri sndr kena raba. Menggelupur jgk! Family yang ada anak autism ni kena bg perhatian lebih dkt anak-anak dia. Org luar mana tau anak dia autism. Bukan ada cop dekat dahi yang bdk tu autism. Autism sekali pun bkn tiket nak raba-raba org. Family lah yang kena selalu jaga & kontrol anak2 autism mcm si Zarina ni buat. Skurang2nya org tau anak dia autism sbb dia x malu nak tunjuk. Org lain pon dpt belajar cara nak handle anak2 autism.

        10

        0
        • wekkkkkkk says:

          dpt anak autisme..hanya org yg mengalami je yg tahu hal sebnr..mmg susah 100%…ssh nk di huraikan mcm mana penjagaannya..

          10

          1
  2. Makcik Geek says:

    Saya rasa bagus zarina share pasal anak2 beliau yg kena autisme.

    Yang tak bagus komen di atas tu yang seolah olah menghentam keluarga mangsa raba dada. Budak perempuan tu pun trauma juga begitu juga ayahnya.

    Saya handle kes anak lembam yang terlibat dalam rompakan bersenjata. Nasib baik dia OKU, tetapi memandangkan dia belasah mangsa rompak sampai patah tulang rusuk dan cacat dah le mangsa tu dah lewat 70an, mahkamah putuskan anak lembam dihantar ke sekolah khas dan diberi pengawasan kerana ternyata ibubapa tidak dapat mengawal beliau.

    Bagi kes lelaki umur 22 tahun yg autisme dan dakwa ibunya otak seperti budak lelaki 13 tahun, saya nak tegaskan budak lelaki 7/8 tahun sudah tahu menyentuh tubuh orang lain baik lelaki atau perempuan tidak boleh dan haram. Inikan budak 13 tahun.

    Hakikatnya, kes begini biar Mahkamah tentukan, dan bukannya kes2 OKU mental ini dijalankan seperti biasa. Ada pakar2 termasuk doktor yg bakal dipanggil beri Keterangan dan peguam akan masukkan mitigasi, maknanya rayuan bagi dikurang hukuman terutama bagi OKU iaitu Pesalah Muda.

    Masyarakat memang patut kasihan san cakna pada autisme. Tetapi masyarakat harus melayang mangsa gangguan seksual dengan baik ye. Bukan begini caranya.

    31

    0
  3. Alanice says:

    Kne rabe dgn org oku, nk argue pn xbley

    0

    0
    • Cannot2 says:

      Eh xblh mcm tu
      Mmg budak tu oku, tp trauma mangsa dpt is real. Tindakn kena diambil, if not to that oku boy, to their guardians sbb lalai!!

      8

      1
  4. Bagi aku xde masalah pun die share pasal autisme ni..at least org len yg ade anak mcm ni blh belajar dan ambik tahu sikit sebanyak perkongsian dia..xdelah terkejut sgt nnti..

    10

    0
  5. ikan says:

    tahle. doa sgt tak dapat anak autism. berat dugaannya. taktau la aku boleh sabar ke tidak kalu mcm tu.

    6

    0
  6. Kobes Bunga says:

    Ape yg Sis Zarina share sekurangnya membantu ibu bapa lain nk handle anak Autisme mcmni… Sbb klu xde ilmu yg btol, silap2 mak pak pon hantok kepala sbb stress…

    5

    0

Leave a Comment

Optional