Ayat Yang Digunakan Oleh Zed Zaidi Macam Samseng – Nick Mikhail

Hiburan

Ayat Yang Digunakan Oleh Zed Zaidi Macam Samseng – Nick Mikhail

Aliff Aziz punya pasal, nama Nick Mikhail tiba-tiba popular seantero Malaysia. Ini semua gara-gara video yang telah dimuatnaik oleh pelakon dari Singapura ini yang mempersoalkan ayat yang telah digunakan oleh Zed Zaidi ketika membincangkan isu Aliff Aziz. Keadaan menjadi semakin serius apabila Persatuan Seniman pada Khamis telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati terhadap Nick Mikhail kerana didakwa menggugut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Zed Zaidi dalam rakaman video dibuatnya.

nick mikhailNamun menurut Nick Mikhail, dia hanya menegur tindakan Zed Zaidi yang menggunakan ayat seperti samseng, bukannya menggugut Presiden Seniman tersebut. Kata Nick:-

Advertisement

Siapa yang mula dulu sekarang? Kalau dia tak ketuk gendang, saya tak menari. Awalnya saya cuba untuk cool dan tidak mahu ambil ‘pot’ (kisah) tapi bila tiba satu part dia mengeluarkan kenyataan lebih kurang berbunyi: Lu buat sekali lagi, wa cari lu sampai dapat wa dapat wa bunuh,” saya rasa itu sudah melampau. Itu ayat selalu digunakan samseng dan sebagai rakyat Singapura saya rasa saya bertanggungjawab untuk menengur dengan cara yang sama

nick mikhail

Menurut Nick Mikhail, apa yang disampaikan olehnya hanyalah satu teguran, bukannya ugutan seperti yang disalahfaham oleh Seniman. Tambah Nick lagi:-

Saya tak benci orang Malaysia, saya tak benci Seniman malah dalam video saya tidak ada pun kutuk Seniman atau sesiapa dan teguran itu hanya untuk Zed Zaidi. Ada yang sifatkan ia berbaur ugutan, sedangkan pada saya ia hanya satu teguran.

Mungkin penggunaan bahasanya kasar di mana saya menggunakan bahasa-bahasa yang sering digunapakai samseng, ditambah pula dengan imej saya sebegini maka ia disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Saya bertindak begitu pun kerana mengikut cara dan rentak Zed Zaidi menegur Aliff.

nick mikhail

Secara jujurnya, kalau ada perkataan “bunuh”, memang ia kedengaran samseng dan ganas. Kita selaku seorang manusia mana boleh sesuka hati nak “membunuh” orang. Semoga persengkataan ini dapat diselesaikan dengan aman dan damai. Gaduh besar-besar sebab orang lain pun tak ada faedahnya kan? Lebih baik rileks dan setelkan kehidupan sendiri. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...