Bakal menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami tidak lama lagi dan seiring dengan pertambahan usianya, penyanyi Awi Rafael sudah tekad untuk berhijrah dan mendekatkan dirinya dengan agama.
Awi tidak mahu terus terlalu leka sebagai selebriti ‘rock and roll’. Penghijarahan ini bukan dari bentuk peribadi tetapi muzik beliau juga. Beliau juga sudah mula menghasilkan karya berunsur ketuhanan.
Saya mahu hijrah ke arah yang lebih baik. Sampai bila kita nak rock &a roll? Lagipun, kita semua semakin berusia dan saya pun belajar untuk mendekatkan diri pada agama.
Kami mendoakan agar Awi terus istiqamah walau pelbagai ujian yang akan melanda dalam tempoh beliau ingin menjadi seorang yang lebih baik. Satu berita yang agak positif untuk kita semua hari ini.