Awal Dan Janna Tidak Lagi Mengacara Melodi, Sidang Media Khas Diadakan Minggu Depan

Hiburan

Awal Dan Janna Tidak Lagi Mengacara Melodi, Sidang Media Khas Diadakan Minggu Depan

Jika sebelum ini gandingan duo pengacara sensasi program Melodi, Awal Ashaari dan Janna Nick seolah-olah bakal mengakhiri tugas mereka sebagai hos program tersebut, penerbit Melodi, Noradillah Abdullah memaklumkan bahawa satu sidang media khas bakal diadakan pada minggu hadapan.

Difahamkan, ia diadakan bagi menjawab persoalan mengenai status mereka berdua sebagai pengacara program hiburan tersebut.

Advertisement

3 years ago

"Kami Mahukan Sis Sheila Rusly Dan Janna Nick Dalam Melodi Raya.." Peminat Tak Puas Hati Soalan Janna Pada Intan Liana

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AdeedBart (@adeed8)

Noradillah atau lebih dikenali sebagai Adeed, tiada sebarang kenyataan rasmi dapat dibuat daripada pihaknya buat masa ini.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang kenyataan. Apa yang boleh saya katakan, nantikan satu sidang media yang bakal diadakan minggu depan.”

Terdahulu, Awal dan Janna ada memberi kenyataan samar-samar di mana mereka berdua seperti memberi petanda akan mengacara buat kali terakhir pada minggu hadapan.

Awal Ashaari Dan Janna NickSumber : Google  

Manakala Janna yang turut dihubungi turut enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut dan hanya menyerahkan kepada pihak produksi untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Saya tak nak komen apa-apa dulu. Saya serahkan perkara ini kepada pihak produksi untuk mengeluarkan kenyataan.” ujar Janna Nick.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...