Awal Ashaari Tidak Sangka Dipuji Netizen Ketika Mengacara MeleTOP

Hiburan

Awal Ashaari Tidak Sangka Dipuji Netizen Ketika Mengacara MeleTOP

Siapa sangka kemunculan Awal Ashaari sebagai pengacara untuk program MeleTOP Selasa lalu bagi menggantikan tempat Nabil Ahmad yang bercuti mendapat reaksi yang positif daripada netizen.

Advertisement

Rata-rata netizen akui Awal mempunyai aura tersendiri yang membuatkan program tersebut lebih menarik selain sesuai bergandingan dengan Neelofa. Kalau boleh mereka mahu Awal terus kekal menjadi pengacara MeleTOP.

Ketika ditawar menggantikan Nabil saya terus bersetuju. Pada awalnya risau juga sebab program ini sinonim dengan Nabil.  Saya bimbang jika ada yang membandingkan kami dan saya menjadi diri sendiri.

Alhamdulillah, pihak penerbitan suka dan puas hati dengan penampilan saya. Tidak sangka peminat juga memberikan maklum balas sama. Terima kasih atas sokongan semua.

Mengakui MeleTOP agak meriah dan santai daripada kebanyakan program hiburan tempatan, Awal tidak kisah sekiranya beliau dipanggil lagi sebagai pengacara MeleTOP pada masa hadapan.

Awal sudah mempunyai pengalaman yang cukup lama sebagai pengacara untuk beberapa program hiburan di Malaysia, tentu sekali beliau mempunyai cara tersendiri untuk memikat hati penonton. Namun, ia tidak bermakna pengacara MeleTOP yang sedia ada tidak bagus bukan? Apa-apa pun, kami juga setuju gaya pengacaraan Awal pada malam tersebut memang terbaik.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...