Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya Menang Saman RM345,305

Hiburan

Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya Menang Saman RM345,305

Selepas enam bulan turun naik mahkamah, hari ini pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya menang kes tuntutan saman sebanyak RM345,305 apabila Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Syarikat D’Haja (M) Sdn. Bhd. membayar ganti rugi tersebut atas kesalahan melanggar kontrak berhubung pengedaran penjualan eksklusif 20,000 botol minyak wangi jenama Bleu dan Maroon keluaran pasangan itu.

Advertisement

Awal ketika ditemui pihak media berkata, kemenangan itu amat bermakna buat beliau dan isteri. Semoga kes ini memberikan pengajaran untuk peniaga di luar sana tidak mengambik kesempatan terhadap orang lain dan menjalankan perniagaan dengan jujur.

Kami buat perkara ini bukan nak untung, tetapi menuntut hak yang sudah kami laburkan. Kami lega kerana kemenangan berpihak kepada kami dan nasib terbela. Sebelum ini saya pernah buat banyak perniagaan. Banyak kali juga ditipu apabila ada pihak ambil kesempatan. Jadi, pada usia sekarang saya tidak mahu lagi dipijak. Cukup semua ini dan sampai waktu saya perlu bertindak.

Kepada pengeluar produk dan ahli perniagaan, carilah rezeki dan berniaga dengan berhemah, jujur dan jangan ambil kesempatan atas kelemahan orang lain.

Scha pula sempat berpesan kepada rakan artis yang mungkin pernah mengalami nasib yang sama untuk lebih berani tampil ke depan dan menuntut keadilan.

Seronok sebenarnya bila dapat berniaga tetapi pastikan kita faham dulu terma perjanjian agar tidak menjadi mangsa penipuan pihak lain.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...