Awal Ashaari Dan AG Umum Undur Diri Sebagai Pengacara Melodi

Hiburan

Awal Ashaari Dan AG Umum Undur Diri Sebagai Pengacara Melodi

Dua pengacara Melodi, Awal Ashaari dan AG secara rasminya mengumumkan mereka tidak lagi menjadi pengacara program hiburan popular tersebut bermula tahun depan.

Advertisement

Awal menerusi akaun Instagramnya memberitahu sudah tiba masa untuk beliau beralih angin dan keluar daripada zon selesanya selepas enam tahun bersama Melodi. Awal berharap pengacara baru yang bakal menggantikan tempatnya nanti dapat menghiburkan penonton dan mengemudikan Melodi dengan lebih baik.

AG pula yang sudah tiga tahun bersama Melodi mengakui ia adalah pengalaman yang cukup manis buat dirinya dan beliau tetap akan menyokong  rancangan tersebut.

Adakah ini bermakna desas-desus Janna Nick dipilih sebagai pengacara Melodi 2018 benar? Sama-sama kita nantikan siapa agaknya yang bakal menggantikan tempat Awal dan AG.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...