October 1st, 2018

Menjadi seorang selebrit popular bukanlah mudah, setiap sudut akan menjadi tumpuan ramai termasuklah daripada keaslian sesuatu produk yang digayakan.

Baru-baru ini, Awal Ashaari sekali lagi didakwa menyokong barangan tiruan (fake). Sebuah akaun Instagram yang mendedahkan beberapa selebriti popular menggayakan barangan jenama tiruan mendakwa kasut yang digunakan oleh Awal mempunyai banyak perbezaan dengan kualiti yang asli.

Pihak tersebut turut mempertikaikan bagaimana Awal boleh mendapat produk yang tidak pernah dilancarkan di Malaysia.

Dakwaan itu membuatkan Awal begitu marah dan berkata kasut yang beliau pakai itu adalah tulen dan turut memuat naik  bukti resit pembelian. Menurut Awal, pihak berkenaan hanya ingin meraih populariti sahaja.

Isu mengenai mereka yang menggunakan barangan tiruan dan asli ini memang selalu menjadi bualan hangat tetapi semuanya terpulang kepada ‘kemampuan’ dan pandangan masing-masing.


34 responses to “Awal Ashaari Bengang Didakwa Pakai Kasut Tiruan”

  1. kaki ayam says:

    baru rm1400 jer,tu pun nak melalak si awal nie,tisu sungguh

Loading...