“Awak Isteri Yang Baik” – Akui Dah Tak Sehaluan, Pasangan Ambil Keputusan Cerai Biarpun Masih Sayang

Kehidupan

“Awak Isteri Yang Baik” – Akui Dah Tak Sehaluan, Pasangan Ambil Keputusan Cerai Biarpun Masih Sayang

Penceraian merupakan satu perkara yang ditakuti buat setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga dan ramai cuba elakkan dari berlaku.

Bagaimanapun, jika pasangan tersebut telah ditakdirkan untuk tidak bersama hingga akhir hayat, mungkin perpisahan adalah jalan terbaik agar sama-sama dapat menjalani kehidupan yang lebih bahagia.

Advertisement

Seperti pasangan suami isteri di TikTok ini, mereka membuat keputusan untuk berpisah setelah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun.

Menerusi perkongsian video si isteri, ia memaparkan video perpisahan bersama suami ketika berada di mahkamah serta mengakui ikhlas dengan apa yang telah berlaku.

Biarpun masih mempunyai perasaan sayang, namun disebabkan tidak mempunyai persefahaman yang sama mereka membuat keputusan ini dan mendoakan kebahagian antara satu sama lain.

tiktokSumber : Redaksi  

Lebih menyedihkan, si suami meninggalkan komen di ruangan komen dengan mengatakan wanita tersebut merupakan isteri yang baik sepanjang mereka bersama serta mendoakan wanita ini bertemu jodoh yang boleh menjaganya.

tiktokSumber : Redaksi  

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat buat wanita itu dan ada juga yang berkata mungkin perpisahan ini merupakan jalan yang terbaik buat mereka berdua.

Difahamkan, wanita terbabit telahpun memadam video perpisahan terbabit dari laman TikToknya atas sebab-sebab tertentu.

Shuib Heliza Helmi
2 years ago

Adik Heliza Helmi Dilamar Jadi Isteri Shuib? Ini Jawapan Hazwani Helmi

i

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Redaksi

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...