Written by Bella | March 20th, 2018

Kontroversi rumah tangga madu Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh dan Ude Wahid membuka pintu rezeki yang luas buat wanita itu dan anak-anaknya sehingga dilantik sebagai duta serta model terbaru tudung keluaran jutawan terkenal Aliff Syukri.

Menurut Aliff, aura Intan memberikan impak serta sambutan luar biasa dan jualan tudungnya begitu laris.

Alhamdulillah, Intan mempunyai aura tersendiri dan memberikan impak positif terhadap jualan tudung saya. Selepas saya mengambil Intan sebagai model, jualan tudung yang digayakan Intan seperti Shawl Tingkat dan Bawal Bawang meningkat sebanyak 50 peratus. Biarpun masih baru, kami sangat selesa bekerja dengan Intan dan dia memberikan komitmen yang sangat baik.

Tujuan beliau mengambil Intan sebagai model adalah untuk menambah pendapat Intan sebagai seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak. Aliff memberitahu Intan mempunyai bakat tetapi masih terlalu mentah dan naif. Beliau berharap Intan akan lebih yakin dan menyerlah selepas ini.

Sumber Berita : Astro Gempak

22 responses to Aura Intan Liana Jadi Model, Tudung Aliff Syukri Laris

  1. INN says:

    semoga dimurahkan rezeki intan.. :)

    17

    0
    • LittleMissC*nt says:

      Turun Zouk lepas ni..happening sane! Byk model2 lepak sane.

      1

      9
    • Anonymous says:

      mula lah akak2 bawang mencari tudung pink sebagai tanda sokongan..

      5

      0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      semoga di murah kan rezeki semua nye …lov datuk aliff..

      2

      1
    • Mat Ronggeng says:

      Bila Dato Alif menolong ibu yang teranaiya, di dunia lagi Allah dah balas dengan 50% jualan tudung meningkat. Itu belum lagi diakhirat nanti…
      Yang menganaiya rezeki nya lagi disempit kan… Contract product tak di sambung lagi…
      Alhamdulillah. #donedakwah.

      21

      0
  2. melati says:

    Pasni , berhati2 Liana …takut nanti ader org gila talak…!!! sebab bekas laki ko pun tarak apa2 pun ..kiki

    28

    0
  3. anak nogori says:

    lusa ni keputusan talak intan ngan ude. jgn pulak intan dah murah rezeki ni, si ude tu tarik hati niat dia tu, aritu kenkonon dah tiada hati… la ni intan dah top.. izreen makin down..

    24

    1
  4. miamore says:

    jaga jaga intan….ramai anak ikan yg skodeng tu….

    3

    1
  5. diamond says:

    betul la intan ni naif sangat or lembik sangat. c’mon girl chin up!

    4

    2
  6. Anonymous says:

    Datuk Aliff seorg yg patut dicontohi semangat keusahawanannya. Xmudah putus asa, xknal lelah walau dihina dan dikutuk. Semakin dicerca semakin bersemangat utk mencari sesuatu yg baru.

    21

    0
    • Anonymous says:

      Dato Aliff oke je sebenarnya..Tapi cuma kadang2 bila selalu sangat show off harta, tergedik terkinja2, dengan sajat pulak. Lagi buat netizen rasa nak kutuk la.

      16

      1
      • Kapal Selam says:

        Yg elok kita DOA kan yg terbaik. Yg benggong kita kutuk berjemaah lah.
        Senang je prinsip membawang….

        6

        1
    • Anonymous says:

      Bukan idola ku. Idola ku adalah Nabi Muhammad!!!

      10

      0
  7. Nini says:

    Tudung bawal bawang nama tu pun buat laris..he..he.. datuk ni peka situasi masakini..rezeki..berhati2 meniti hidup intan

    3

    0
  8. rianda says:

    neelofa silap marketing.kalau dia tolong ibu2 n wanita teraniaa mcm ni lagi laku. lagi cut cost. yg penting x kene kecam.

    13

    0
  9. Kedondong says:

    Aku kesian Kat dia ni….tapi cakap terus terang….intan ni takde aura model pun. nampak sangat dia ni jenis takde keyakinan diri, lemah semangat, naive dan senang kena buli. Start bina dan kuat semangat dulu intan….Tak payah balas dendam dengan jering n lalat tu….raih kejayaan jer….kejayaanmu adalah pembalasan dendam yg terpahit untuk mereka.

    21

    0
  10. damai says:

    as long tudung yg direka ikut syarat Islam, bukan turban atau tudung atas dada, insyaallah dgn dia membantu isteri teraniaya rezeki makin tambah dan berkat.

    14

    0
  11. Anonymous says:

    Well done dato alif keluarkan tudung mengikut syariat… Semoga pahala berganda untuk dato’ dan please jangan keluarkan tudung2 singkat atau turban lepas ni ya… Siapa cakap pakai tudung labuh x cantik? Berganda-ganda cantik dan ayu berbanding pakai turban atau tudung singkat nampak dada.

    10

    0
  12. zaimar says:

    xde rupa model

    0

    1

Leave a Reply to diamond - Cancel

Optional