“Asyik Menunjuk Sana Sini, Hutang Tak Nak Bayar” – Ruhainies Sindir Golongan Penipu?

Hiburan

“Asyik Menunjuk Sana Sini, Hutang Tak Nak Bayar” – Ruhainies Sindir Golongan Penipu?

Bagi peroleh keberkatan dalam kehidupan, pelakon jelita Ruhainies kongsi nasihat kepada umum supaya tidak berhutang dan menghindari diri daripada memilih kerja dalam skim menipu orang ramai.

ruhainies

Advertisement

Menurut Ruhainies, beliau terdetik menyuarakan pendapat itu selepas melihat pelbagai kes penipuan semakin berleluasa di laman sosial misalnya penipuan yang melibatkan wang ringgit.

“Satu perkara yang buat kita susah nak berjaya adalah sebab berhutang dengan orang. Jangan berhutang lepas itu susah nak bayar.”

Tambah Ruhainies, beliau seakan menegaskan orang ramai supaya melangsaikan hutan sesame manusia di dunia. Hal ini kerana, beliau seakan terkesan melihat sikap manusia yang asyik menunjuk-nunjuk namun hutang masih belum dibayar.

ruhainies

“Asyik menunjuk sana sini tapi hutang orang tak nak bayar. ‘Scam’ orang sana sini lepas itu menunjuk.”

Malah, Ruhainies juga meyeru orang ramai supaya mencari kerja yang halal kerana keberkatan itu adalah kunci kejayaan dalam mengharungi liku kehidupan.

Ujarnya lagi, amalan bersedekah juga tidak harus diketepikan. Hal ini kerana, amalan itu sentiasa diterapkan pelakon drama Hello Mr. Perfect ini, maah tidak lekang menggembirakan kedua ibu bapanya seperti melakukan amalan berbentuk kebaikan.

ruhainies

Terdahulu, Ruhainies menerusi IG Story berkongsi kisah penipuan yang dibongkar di laman Twitter. Bagaimanapun, selepas menghayati dengan lebih mendalam, Ruhainies dikhabarkan sedih dengan anak muda yang terbabit dalam skim sebegitu.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...