“Asyik Kena Friendzone” – Lelaki Gantung ‘Banner’ Cari Jodoh, Tak Sangka Terima 10K Mesej Nak Jadi Calon Isteri

Kehidupan

“Asyik Kena Friendzone” – Lelaki Gantung ‘Banner’ Cari Jodoh, Tak Sangka Terima 10K Mesej Nak Jadi Calon Isteri

Viral di media sosial TikTok dan Twitter baru-baru ini mengenai satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ariff Peter yang tekad berusaha mencari calon isteri.

Menerusi video tersebut, Ariff dilihat menggantungkan banner mencari jodoh di tepi jalan dan mengedarkan flyers mengenai dirinya dan ciri-ciri bakal isteri yang diingini.

Advertisement

Malah, dia juga menawarkan RM10,000 kepada sesiapa yang membantu dan berjaya mendapatkan teman hidup untuknya.

Kita yang tak hensem ni kenalah cari bakal isteri bersungguh-sungguh.

Berkat hasil usaha dan kesabaran, Ariff tidak menyangka dia telah menerima lebih 10,000 permohonan untuk menjadi calon isterinya dalam masa tiga hari.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum melihat usaha yang dilakukan lelaki itu dan mendoakan agar dia segera berjumpa calon isteri yang terbaik.

Wehh sampai macam ni sekali, apapun semoga dipermudah urusan mencari jodoh, – netizen.

Terbaik bro effort tu… Moga dipermudahkan semuanya.. InsyaAllah,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rider
2 years ago

"Nak Ajak Bincang" - Suami Cari 'Rider' Langgar Lampu Isyarat, Rempuh Isteri Sarat Mengandung 7 Bulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...