“Astaghfirullah…”- Wanita ‘Kantoi’ Berkhalwat Dengan Lelaki Lain Ketika Suami Keluar Kerja

Kehidupan

“Astaghfirullah…”- Wanita ‘Kantoi’ Berkhalwat Dengan Lelaki Lain Ketika Suami Keluar Kerja

Akibat bawa lelaki masuk ke dalam bilik sewa, seorang wanita berstatus isteri dengan empat anak dicekup berkhalwat ketika suami sedang keluar bekerja.

Memetik laporan Harian Metro, wanita yang berusia 35 tahun itu dan pasangannya berusia 32 tahun dicekup oleh sepasukan anggota dari Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) pada jam 1.40 pagi.

Advertisement

Menurut Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, semasa kejadian, suami wanita itu dipercayai sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang tayar.

Sumber : FOTO IHSAN PADK 

Difahamkan, ketika pemeriksaan dibuat, terdapat tiga kanak-kanak sedang tidur yang dipercayai milik wanita itu.

Beliau menerangkan pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian berdasarkan aduan awam dan melakukan pemeriksaan bilik sewa yang didiami.

Selain itu, pasangan tersebut gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan status perhubungan mereka dan dipercayai telah berkenalan antara satu sama lain kira-kira enam bulan lalu.

Kes berikut disiasat mengikut Seksyen 25(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pasangan itu kemudiannya dibawa ke balai polis bagi membuat laporan tangkapan.

vn
2 years ago

(VIDEO) "Dia Punya Emotional" - Tahu Rakan Kena Curang, Gadis Ini Mengamuk Hantar 'Voice Note'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : hmetromy

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...