Asal Jahat Je Laki Aku, Saya Percayakan Suami Seratus Peratus – Almy Nadia

Hiburan

Asal Jahat Je Laki Aku, Saya Percayakan Suami Seratus Peratus – Almy Nadia

Baru-baru ini, timbul fitnah mengatakan Datuk Fizz Fairuz ditangkap khalwat dalam satu serbuan yang dilakukan di Terengganu. Sebagai seorang isteri, Datin Almy Nadia sangat tenang, tidak mudah melatah dan hanya ketawa saat mendengar berita tersebut.

Advertisement

Katanya, pihak yang menuduh Fizz sepatutnya menyelidik terlebih dahulu sebelum menyebarkan berita tidak benar. Almy meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada suaminya itu.

Kali pertama saya yang tahu perkara ini dan baru saya beritahu dia. Serta apa yang dimuat naik di laman Instagram, Fizz yang tulis. Kalau pihak berkenaan kata orang lain yang DM dia, kenapa tidak selidik dulu? Tapi saya gembira sebab suami saya ada dengan saya dan saya percaya dia.

Masa mula-mula tahu mengenai tuduhan itu, saya hanya ketawa kerana suami ada dengan saya ketika itu. Kalau dia tiada dengan saya pun, saya tidak akan percaya. Kalau saya kata saya percaya suami 100 peratus, netizen marah pula, kata jangan percaya 100 peratus. Dia pergi Terengganu atas urusan kerja dan saya tiada rasa was-was. Tak perlu kot nak curiga.

Almy pada masa yang sama mengakui terkilan dan kecewa mengapa suaminya selalu dipandang negatif dan dihimpit dengan kontroversi serta tuduhan yang tidak berasas.

Mungkin saya frust sebab asal jahat je laki aku. Jahat sangat ke laki aku? Saya percaya suami saya, anak dah tiga pun. Kalau dia nak buat perangai mungkin masa zaman jahiliah la kot. Tak payah nak buat perangai sangatlah.

Bagus Fizz dapat seorang isteri yang begitu menghormati, menyayangi dan mempercayai suaminya.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...