“Artis Yang Akan Jatuhkan Artis,” Ismail Izzani Perli Zarina Dan Fathia?

Hiburan

“Artis Yang Akan Jatuhkan Artis,” Ismail Izzani Perli Zarina Dan Fathia?

Jika sebelum ini, Ismail Izzani enggan memberikan komen mengenai kisah gambarnya memaut pinggang Zarina Anjoulie yang telah dimuat naik ke media sosial oleh Fathia Latiff, akhirnya pemuda 18 tahun itu kini membuka mulut.

Advertisement

mStar Online melaporkan, Ismail medakwa terkesan dengan peristiwa itu dan sukar tidur malam setelah ia berlaku.

Sejujurnya, selepas kontroversi itu empat hari saya susah nak tidur kerana asyik memikirkan apa yang telah berlaku.

Hati saya jadi tidak tenang dan hanya tidur tiga jam sehari. Kejadian hitam itu seperti baru berlaku semalam.

Saya telah mengecewakan semua orang dan sedar bukan mudah untuk mereka maafkan saya, cuma selepas ini saya akan buat lebih baik supaya mereka dapat menerima saya semula.

Ini adalah ujian paling hebat yang pernah saya terima sepanjang 18 tahun hidup dan ia merupakan pengajaran sangat berguna untuk saya.

Sebelum ini mama (Suliza Salam) pernah menasihati saya supaya berhati-hati dan ingatkan dalam industri ini artis yang akan jatuhkan artis dan sekarang baru saya percaya kata mama itu betul.

Saya tak mahu komen mengenai apa yang didakwa oleh mereka kerana lagi kita bercerita akan membuka ruang kepada mereka.

Bersabarlah… tiba masanya saya akan keluarkan kenyataan. Kami dah berbincang bersama keluarga dan pihak pengurusan untuk tidak ulas isu ini secara mendalam buat masa ini.

Komen ini dibuat oleh Ismail setelah beberapa hari mendiamkan diri mengenai dakwaan Zarina Anjoulie dan Fathia bahawa Ismail telah tidur di sebuah hotel dengan teman wanitanya namun Zarina yang membayar bil hotel tersebut.

Zarina bengang kerana Ismail tidak membayar kembali harga sewa sebuah bilik hotel itu kepada Zarina dan Fathia telah memuat naik gambar tersebut bertujuan meminta Ismail menghubungi Zarina atas urusan pembayaran bilik tersebut.

Gambar itu juga mengejutkan netizen kerana Zarina tidak mengenakan tudung seperti kebiasaannya dan dia juga dilihat berpakaian jarang sehingga menampakkan pakaian dalam. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...