Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Artis Pun Berhak Bersuara, Kenapa Perlu Kecam? – Emelda Rosmila

emelda rosmila

Masih hangat diperkatakan tentang isu artis meminta dana khusus untuk penggiat seni sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Isu ini menjadi semakin panas dan telah mencetuskan “peperangan” dasyat antara netizen dan segelintir selebriti.

emelda rosmila kecam netizen

Advertisement

Pelakon Emelda Rosmila juga turut lantang bersuara dan mempertahakan “perjuangan” rakan artis demi membela nasib penggiat seni.

Tidak kisah dikritik, Emelda menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini memuat naik status mendedahkan beberapa individu mengecam artis. Menurut pelakon itu, tindakannya itu bukanlah mahu mengaibkan sesiapa, sebaliknya ingin memberikan pengajaran kepada netizen yang sering mengutuk dan mengeji anak seni.

emelda rosmila kecam netizen

Ini cara saya mahu memberikan pengajaran kepada netizen yang tak tahu menghormati individu lain. Kalau lihat cara tutur, saya jadi takut.  Artis pun manusia. Apa hak mereka nak bercakap macam-macam. Saya nak luahkan isi hati saya dalam ruang sendiri, kenapa kamu boleh masuk dan cakap sesuka hati.

Tambah Emelda, tidak ada salahnya jika dia ingin meluahkan pendapat dan menzahirkan apa yang terbuku di dalam hati. Artis juga manusia biasa, mempunyai hak untuk bersuara.

emelda rosmila

Di mana silapnya menyuarakan pendapat peribadi. Dengan penuh rendah hati dan diri untuk bertanyakan adakah mungkin golongan artis dan penggiat seni tidak terkecuali untuk mendapatkan insentif kerajaan dalam dunia dilanda musibah ini?

Penggiat seni juga rakyat Malaysia, berhak bersuara untuk diri sendiri. Kenapa perlu kecam? Kalau saya rasa perlu, saya ambil. Kalau tak perlu pastinya akan dahulukan yang memerlukan. Jangan cetek akal. Emosi menguasai diri hinggakan otak di hujung jari.

Advertisement

emelda rosmila netizen

Terdahulu, Emelda menyifatkan apa yang dilakukan netizen melampaui batas manusia seakan dirasuk syaitan apabila ada artis bersuara menyatakan kesusahan yang mereka hadapi, mengenang nasib dalam dunia seni.

Sumber Berita : BH ONLINE 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

32 Comments

  1. Anonymous

    April 2, 2020 at 11:13 am

    hahahaha….eh apa dah…PM kan dah terang2 ckap…seme dapat…tiada yg terkecuali….g lah LHDN sana p isi borang…apa menda laaaa….kang kata retis ta teri berpikir….tak bijak….kurang pandai…tak nak mengaku laaa pulak….hahaha adoiiiii2 lah retis

  2. bukan azwan ali

    April 2, 2020 at 9:29 am

    kalau layak, boleh apply bntuan kerajaan tu. xde diskriminasi. smua dpt sama rata sama artis atau x. part mencarum kwsp, tu plhn anda. sekiranya tiada majikan, anda boleh mencarum sndri. tp kenapa nk harapkan kwsp je? klo anda sndr x de plan buat sbrg simpanan masa hdpn swktu job anda mencanak naik, kenapa skrg kerajaan yg perlu tanggung ketidakbijaksanaan anda tersebut? pkai make up mahal2, baju beribu, life style macam jutawan, now nak dok umah minta kerajaan tnggung. artis, klo anda rasa sekrg xde job, boleh buat ehailing, grab, atau jd sukarela. nnt krjn bg elaun. bkn do nothing but gain something. not fair at all.

  3. Nora Ariff

    April 2, 2020 at 4:02 am

    PM dah ckp bantuan akan diberi kepada SEMUA.dan tidak Ada yg tertinggal dari mndpt bantuan. SEMUA means all la. There’s group B40, M40 and T40. Just pick which one grp you belong to. Expecting a special grp just for artists is just not relevant. Everyone understand that ALL the people need some sort of monetary assistance during these trying times. But don’t expect to get “extra” just because you are an artist/actress. Those doctors/nurses, police men & women, the ATM, the cleaners and all the Frontliners who are directly dealing and monitoring the covid-19 pandemic are the ones who should get the extras should there be any. Everyone is important not just artists so please be realistic in your wants…Peace

  4. Abg malek

    April 2, 2020 at 4:02 am

    Sumbat jer ayam goreng berempah saya yg enak dan rangup ni dlm mulut dia, tapi plis bayar dulu yer…untuk order sila kol saya di talian 01263698553 tq

  5. makcik makcik

    April 2, 2020 at 12:27 am

    Apasal lain machiammm je ak tgk muka dia ni?mcm pelikkk je..

Loading...
To Top