Artis Perlu Sedia Maklum Bakal Hadapi Cabaran Yang Bukan Mudah – Misha Omar

Hiburan

Artis Perlu Sedia Maklum Bakal Hadapi Cabaran Yang Bukan Mudah – Misha Omar

Baru-baru ini dunia nyanyian tanah air kecoh dengan masalah ‘depressi’ yang dihadapi oleh Haqiem Rusli, seorang penyanyi baru. Walaupun ada yang menganggap depresi tersebut adalah sekadar gimik daripada Haqiem Rusli, namun tidak dinafikan memang ada penyanyi yang betul-betul mengalami masalah tekanan selepas menceburi dunia nyanyian. Selaku seorang penyanyi senior, Misha Omar telah tampil memberikan beberapa kata nasihat buat para penyanyi baru.

misha omar

Advertisement

Menurut Misha Omar, cabaran, ujian dan dugaan adalah perkara biasa yang perlu dihadapi oleh semua penyanyi. Menariknya Misha Omar sendiri juga pernah mengalaminya ketika mula-mula bergelar penyanyi. Kata Misha:-

Sebaik sahaja membuat keputusan untuk menceburi bidang ini, setiap artis itu sepatutnya sudah sedia maklum dia bakal berhadapan dengan cabaran yang bukan mudah. Kefahaman seseorang itu dalam menyediakan dirinya terutama permasalahan bergelar penyanyi harus dititikberatkan terlebih dahulu sebelum memuktamadkan keputusan. Ini kerana ujian menjadi seseorang yang dikenali dalam bidang hiburan hadir dari pelbagai sudut dan zahir dalam pelbagai bentuk. Jika tidak kuat, maka akan timbullah berbagai-bagai masalah yang sukar untuk diselesaikan.

Saya ulas hal ini secara umum. Sejujurnya, sepanjang pembabitan saya sebagai penyanyi, memang ada pasang surut bergelar anak seni. Kalau mahu menyentuh kisah jatuh bangun saya dalam industri, satu hari memang tak cukup nak diceritakan. Cuma yang boleh kongsikan, lagu nyanyian saya pernah tidak dimainkan oleh radio-radio tempatan. Bukannya satu tetapi ada beberapa lagu yang mereka tolak. Sebab itu saya tertanya-tanya, kenapa perlu mengalah jika perjalanan seni itu berjalan dengan lancar?

misha omar

Pada pendapat Abang Nara, budak-budak muda sekarang termasuklah para penyanyi baru merasakan diri mereka mempunyai “self-entitlement” untuk mendapat sesuatu tanpa perlu bekerja keras. Contohnya perlu dihormati selepas berjaya meletup dengan satu lagu. Orang lain perlu pandang tinggi dan kesian sekiranya dia mempunyai masalah kerana dia telah menghiburkan jutaan orang dengan lagu-lagunya. Ini adalah satu sikap yang perlu dibanteras kerana ia akan menyebabkan orang membenci dan menyampah kepada kita. Kita bekerja keras untuk diri sendiri, bukannya berharap mendapat balasan daripada orang lain, terutamanya para peminat yang kita tidak kenali secara peribadi. Tak begitu? Sumber Utusan Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...