Penyanyi Ziana Zain nampaknya harus kekal bersabar dan tabah apabila hasratnya untuk bercerai dengan suami, Armin Zaharin hari ini tertangguh apabila lelaki itu membangkitkan soal anak-anak dalam perbicaraan yang berlangsung pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Armin memberitahu beliau bersetuju untuk melafazkan cerai terhadap Ziana dengan bersyarat iaitu dibenarkan untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.
Saya bersetuju untuk bercerai dengan baik tetapi dengan syarat saya dibenarkan untuk bertemu anak-anak saya. Sejak Mac lalu saya langsung tidak dapat bertemu mereka dan berharap perkara itu dapat diambil kira oleh mahkamah.
Namun, beliau terpaksa melakukan perkara itu atas arahan pihak polis dan peguam kerana anak-anak menjadi saksi untuk kes dimana Armin didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaaan dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.
Kes penceraian mereka akan disebut semula pada 28 Jun depan. Terdahulu, Ziana menerusi satu sidang media memberitahu beliau sudah tidak dapat bertahan dengan sikap panas baran Armin dan mendedahakan suaminya itu mengambil dadah dan pernah mencilikan kemaluan serta dubur anak kembar mereka yang ketika itu baru berusia 3 tahun.