Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ariel (Noah), 6ixth Sense, The Malayan & GAC Bakal Gegarkan Konsert Tentang Bahtera

Pasti ramai yang merindui suara lunak Ariel Peterpan yang kini muncul bersama kumpulan Noah. Selepas keluar daripada penjara, Ariel akan muncul di Malaysia di dalam konsert Tentang Bahtera di KL Live pada 16 September ini. Selain Ariel, konsert ini akan turut dimeriahkan oleh The Malayan, 6ixth Sense serta Gamaliel Audrey Cantika (GAC). Confirm best punya.

noah ariel

Advertisement

Ternyata penganjuran konsert seperti mengembalikan kegemilangan kerjasama artis Malaysia-Indonesia yang terjalin sejak era 1970-an, mengeratkan aliran muzik Melayu yang dapat menghiburkan peminat yang selama ini menjadi tulang belakang penggiat seni tanah air.

noah ariel

Tiket konsert yang dianjurkan Livescape dan mendapat kerjasama daripada Universal Music, Celcom, Sinar Harian dan Media Hiburan ini boleh dibeli melalui Ticketpro dengan harga bermula dari RM55 (pra jualan), RM75 dan RM130 (termasuk makanan dan minuman).

noah ariel

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan tiket konsert hari ini juga untuk mendapat peluang mendengar kumpulan-kumpulan hebat ini beraksi secara live pada 16 September nanti.

noah ariel

P.S: Pergh ~~ Memang crazy sale sungguh. Harga asal RM69 tapi kini dijual dengan harga serendah RM29. Cun-cun pulak tue tudungnya. Memang ini peluang anda untuk pergi open house dengan tudung baru. Dapatkannya sekarang jugak hanya di Gudang.My. Klik sini untuk membeli.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

28 Comments

  1. arul

    September 17, 2012 at 4:17 pm

    persembahan yg mantab….ariel makin hansem je…love u arielll

  2. yan

    September 17, 2012 at 2:11 am

    NOAH – Artis indon? No problem for me …. Mereka memuakau saye malam ni…

  3. booooo

    September 6, 2012 at 8:42 pm

    booo… x minat…

  4. lantakpilah

    September 6, 2012 at 2:04 pm

    support Malaysian artist please… enough of indo artist.

  5. Noor Neelofa Mohd Nor

    September 5, 2012 at 8:27 pm

    wow.. mas Ariel nak datang Malaysia la! Tunggu next video i dgn Ariel ye peminat2 semua…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top