Ara Johari Dikecam Rekod Avengers Di IG Story, “IG Iols, Suka Hati Iols Nak Rekod Apa Pun”

Hiburan

Ara Johari Dikecam Rekod Avengers Di IG Story, “IG Iols, Suka Hati Iols Nak Rekod Apa Pun”

Sejak kebelakangan ini, dengan kewujudan teknologi live di media sosial, beberapa filem yang sedang ditayangkan di pawagam telah disiarkan secara live di media sosial oleh penontong wayang tidak bertanggungjawab. Antara filem yang menjadi mangsa ialah Sejoli dan KL Wangan.

Terbaru, penyanyi Ara Johari telah menerima kritikan hebat kerana memuat naik sebahagian rakaman filem Avengers: Infinity War yang sedang ditayangkan ke IG Story.

Advertisement

Apa yang lebih mengejutkan, dia enggan mengakui kesalahannya dan memuat naik jawapan-jawapan tidak matang mengenai kecaman yang diterima untuk membalas kritikan itu seolah-olah ingin mencabar pihak tertentu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Ara dilihat mencabar Netizen dengan mendakwa dia seronok dikecam atas sebab itu dan kerana jarang menjadi tumpuan. Malah, dia mendakwa melakukannya untuk memasarkan filem itu sedangkan bahagian yang disiarkan telah membocorkan plot penting buat mereka yang belum menonton dan tidak pernah digunakan oleh Marvel sendiri sebagai teaser atau treler.

Perbuatan itu juga melanggar Akta Hakcipta 1987 tetapi nampaknya Ara tetap berdegil dan mendakwa dia tahu perbuatan itu melanggar undang-undang.

Sementara itu, pihak GSC Cinema telah mengeluarkan IG Story di Instagram mereka menyatakan kekecewaan atas sikap Ara Johari.

Dia kini telah memadam Story itu dan meminta maaf tanpa memberi sebarang kenyataan lanjut.

Sementara itu di Twitter ramai memberi pandangan menghentam Ara:



Mungkin perkara yang paling elok dilakukan ialah menguatkuasakan undang-undang memandangkan terdapat bukti jelas bahawa Ara Johari telah melanggar akta ini, dan tahu dia melanggar undang-undang. Lebih mengecewakan Ara sendiri ialah seorang aktivis dalam bidang seni.

Dengan cara ini, penonton wayang akan menjadi lebih celik undang-undang serta peka dengan hakcipta dalam bidang perfileman. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...