Hujung minggu lalu, ada sebuah akhbar melaporkan pelakon Aqasha sudah mula berlagak diva sejak mula dikenali selepas menyertai Gegar Vaganza 2017. Ada juga seorang penerbit terkenal, Fadzil Teh mendakwa Aqasha enggan mempromosikan drama lakonannya Misi Laksa Dan Laksam.
Menjawab tuduhan Fadzil, Aqasha memberitahu sebelum ini beliau telah membantu mempromosikan drama tersebut meskipun ia bukanlah kerja beliau.
Berapa kali nak promosi pun saya tak tahu. Saya juga tidak fikir promosi di laman sosial saya banyak membantu jumlah tontonan. Melainkan jika jumlah pengikut saya di laman sosial diambil kira. Kalau saya bercakap lebih, bimbang nanti dikatakan melampaui batas penerbit pula. Dalam kontrak saya dibayar untuk lakonan dan perkara ini saya lakukan dengan baik berdasarkan tuntutan watak dan naskhah.
Menurut Aqasha, penerbit tidak seharusnya menyalahkan artis kerana syarat promosi tidak ada dalam kontrak kerja mereka. Dalam erti kata lain, pihak penerbit harus mengeluarkan belanja yang lebih untuk meminta artis mempromosikan sesebuah drama.