Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Apa Sahaja Yang Saya Buat Semua Demi Anak” – Isteri Abam Bocey Komen Isu Saman Ali Puteh

Memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai isu saman yang dikeluarkan adik iparnya, Ali Puteh. balu arwah Abam, Nor Hidayah Mohd Ali, percaya kebenaran pasti akan terbongkar suatu hari nanti.

"Apa Sahaja Yang Saya Buat Semua Demi Anak" - Isteri Abam Bocey Komen Isu Saman Ali Puteh

Advertisement

Biarpun sebelum ini dikritik pelbagai pihak di atas segala dakwaan yang dilontarkan kepadanya suatu ketika dahulu, namun, Hidayah kini dilihat tetap matang dalam berkata-kata.

“Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar.”

Ujar Hidayah, segala yang dilakukannya hanyalah semata-mata untuk anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

"Apa Sahaja Yang Saya Buat Semua Demi Anak" - Isteri Abam Bocey Komen Isu Saman Ali Puteh

“Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak.”

Advertisement

Terdahulu, Pelawak Ali Puteh mengakui mengeluarkan saman terhadap kakak iparnya dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Menurut Ali saman balas tersebut sebagai tindakan balas Hidayah yang mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.

"Apa Sahaja Yang Saya Buat Semua Demi Anak" - Isteri Abam Bocey Komen Isu Saman Ali Puteh

Malah, Hidayah sebelum ini mengaku membawa duit tabung berisi wang kertas didakwa hasil tabungan bersama Allayarham suami dan empat utas jam tangan keluar dari rumah. Beliau juga khabarnya telah mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik Allahyarham dan mendakwa telah memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anaknya.

Sekadar informasi, sebelum ini Hidayah telah sah menjadi isteri kepada Allahyarham Abam pada 8 Disember 2017. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki, yang kini berusia setahun dua bulan.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 Comments

  1. akak lawyer 18 tahun dah

    August 27, 2020 at 1:18 pm

    kenapa si Ali & kakak dia LORAT SANGAT?? Ali dan kakaknya tak ada sesen pun hak terhadap harta arwah Abam..Yg ada hak adalah
    Anak Abam sebanyak 13/24 bahagian..
    Isteri Abam 1/8 bahagian..
    emak abam 1/6 bahagian, dan
    bapak abam 1/6 bahagian..
    dah kenapa org2 yg takde hak pun sibuk masukkan Saman Balas?? Lawyer dia bermasalah ke nak faham? ke baru habis chambering?

    • tibai je dia

      August 27, 2020 at 2:28 pm

      kak ko azan sikit kt telinga manusia2 yg xde hak ni. ingtkn skli tkot meletop perot dlm kubur nnti. tu je.

  2. sedih

    August 27, 2020 at 12:45 pm

    hmmm sedih..pakcik patutnya jaga kebajikan anak buah..darah daging abang sendiri.. bukan kaut harta arwah abang tanpa tunaikan tanggungjawab pada anak buah.. memang selalu dah dengar orang nasihat suami kene bagi password atm semua kat bini. bila suami meninggal mengejut macam ni, pesan isteri untuk keluarkan duit siap2 untuk kegunaan menyara anak2. sebabnya takut jadi kes macam ni lah. tiba2 waris pula yg lebih2.. duit nak, tanggungjawab abai. kesian arwah x tenang di kubur sebab hartanya masih jadi rebutan.

  3. wantan mee

    August 27, 2020 at 12:21 pm

    haihh..tak bestnya bila jadi mcm ni..actually pada pandangan aku, better keluarga aabam/ali puteh ni halalkan aja segala benda kpd kakak iparnya,slowtalk la mintak tarik balik saman ke whatever..memalukan la..apa yg dia dah ambik tu lantokle..dia ibu tunggal so mengalah la.demi cucu/anak buah..x perlula panjang2 cerita..x malu ke masyarakat tgk adoiii

    • penonton sandiwara

      August 27, 2020 at 12:35 pm

      kaaan…nampak sgt la terhegeh2 nak kan duit arwah..arwah ada anak, pikir la sikit kebajikan anak yatim tu…

  4. Anonymous

    August 27, 2020 at 12:01 pm

    Ali ni patutnya tukar nama “ALI HITAM”. Baru sepadan dgn hati hitam dia tu. Aniaya anak yatim. Tunggu lah pembalasan untuk kau sekeluarga. Allah Maha Adil, Maha Mengetahui.

  5. nyibok plk hakak

    August 27, 2020 at 11:38 am

    ali aku rse ko xyh involve lg la psl akk ipar ko ni. ko nk saman2 smata2 rse nk tutup malu ape ko dpt?? pahala?? ptt nye wt jasa la kt dia n ank dia… apala! bkn ank org lain pn. ank buah ko tau! yg lpas tu dah… dia nk saman ko bia je… blh je dia nk tarik balik kes saman andai ko ng kluarge ko bwat baik kt dia.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top