Apa Faedahnya Habis RM4.2 Juta Bawa Artis K-Pop – Awie

Hiburan

Apa Faedahnya Habis RM4.2 Juta Bawa Artis K-Pop – Awie

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu pihak mereka sedang dalam usaha untu membawa kumpulan K-Pop terkenal BTS bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Tidak dinafikan, peminat mereka sudah merasa cukup teruja kerana impian untuk melihat artis pujaan mereka membuat persembahan di tanah air akhirnya dapat dilaksanakan.

Advertisement

Namun, pelbagai isu mula timbul dan turut mendapat bantahan bukan sahaja daripada sesetengah netizen tetapi selebriti tempatan juga.

Kali ini, vokalis kumpulan rock terkenal, Wings iaitu Datuk Awie turut menyuarakan pendapat beliau tentang isu tersebut. Katanya, kenapa perlu mengagungkan artis luar negara dan membawa masuk pelbagai budaya pelik ke Malaysia.

Saya bercakap perkara ini demi rakyat, bangsa dan budaya kita. Apa faedahnya RM4.2 juta dihabiskan untuk bawa Kpop masuk ke sini? Sekarang tak kira rambut hijau, kuning, merah semua ada.

Budaya apa sebenarnya yang nak dibawa masuk? Kita yang duduk di depan menonton persembahan mereka tak faham sepatah haram nyanyian mereka. Apa pengajaran yang kita dapat daripada Kpop? Orang luar yang datang tentu pelik apabila tengok artis Korea yang menyanyi.

Pada masa yang sama, Awie turut mempertikai kenyataan kerajaan berkenaan ekonomi negara yang dikatakan teruk tetapi sanggup berbelanja besar untuk membawa BTS ke Malaysia. Apa salahnya untuk berikan peluang kepada artis tempatan?

Cuba bagi duit itu kepada anak bangsa kita. Artis Malaysia yang semakin berusia nak dibiarkan mati begitu saja. Berilah peluang kepada artis lama contohnya kumpulan Wings atau Search yang masih relevan dalam industri seni tanah air.

Nampaknya ramai yang membantah untuk membawa kumpulan ikonik ini ke Malaysia bagi membuat persembahan. Betul ke ia satu pembaziran? Apa komen ARMY semua?

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Azlan Yaacob

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...