“Apa Beza Cef Dengan Yang Mengecam?” – Pemuda Beri ‘Surat Terbuka’, Tak Suka Cef Ammar Sindir Cef Melayu?

Kehidupan

“Apa Beza Cef Dengan Yang Mengecam?” – Pemuda Beri ‘Surat Terbuka’, Tak Suka Cef Ammar Sindir Cef Melayu?

Seperti yang kita tahu, beberapa hari lepas Cef Ammar meluahkan rasa marah ataupun terkilan terhadap sesetengah netizen mendakwa harga makanan yang dijual tidak masuk dek akal.

Selepas membuat hantaran video luahan itu, pelbagai reaksi dari warganet yang telah beliau terima. Ada yang setuju dengan apa yang diperkatakan oleh cef terbabit dan ada juga berpendapat itu merupakan adat resam berniaga, jadi beliau perlu menerima dengan hati terbuka

Advertisement

Pemuda beri surat terbuka pada Cef Ammar

Dalam pada video itu telah viral, ia telah menarik perhatian seorang pengguna di Twitter untuk memberikan pandangannya terhadap luahan Cef Ammar itu.

Dia berpendapat Cef Ammar berhak untuk meluahkan apa yang beliau rasa akan tetapi jejaka itu kurang bersetuju apabila cef tersebut membandingkan serta ‘menuduh’ cef Melayu yang lain tidak mempunyai sistem kerja yang teratur serta terurus seperti miliknya.

Pemuda beri surat terbuka pada Cef Ammar

Panjang thread yang dilakukan oleh jejaka itu di Twitternya dan akhir kata, dia tidak menghalang Cef Ammar untuk meluahkan perasaan tetapi berharap agar cef dari Timur Tengah itu untuk lebih professional apabila berkata-kata dan tidak melibatkan isu perkauman.

Cef Ammar terkilan dituduh jual makanan harga mahal
2 years ago

"Jangan Ajar Saya" - Terkilan Dikecam Harga Makanan Terlalu Mahal, Cef Ammar Jelas Hal Sebenar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...