“Apa-Apa Jadi Kau Punca..” Shuk Sahar Beri Ucapan Hari Jadi Berbaur Amaran Buat Sera

Hiburan

“Apa-Apa Jadi Kau Punca..” Shuk Sahar Beri Ucapan Hari Jadi Berbaur Amaran Buat Sera

Tidak pernah habis dengan isu kontroversi melibatkan perihal rumah tangga, isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera kembali mencuri perhatian netizen apabila dia mengucapkan terima kasih buat suaminya itu sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.

Rossa kemudiannya memuat naik tangkap layar perbualan antara dia dan suami di media sosial Instagram untuk tatapan warga maya.

Advertisement

shuk sahar bercerai
2 years ago

"Saya Dalam Proses Failkan Cerai" - Isteri Shuk Sahar Dedah Sudah Sebulan Tinggal Berasingan

Apa yang menarik perhatian adalah apabila Shuk seolah-olah memberi amaran kepada Serra agar tidak menyesal jika sesuatu berlaku pada dirinya nanti.

Tak pe Sera kau ingat ye..apa-apa jadi pada aku selepas ni jangan kata tak ada kaitan, kau ingat Sera kau puncanya. Terima kasih.

Selamat hari jadi aku doakan kau panjang umur, murah rezeki dan dipanjangkan usia untuk anak-anak aku sebab kau tetap ibu anak-anak aku.

Mungkin enggan memanjangkan perbualan, Sera dilihat hanya membalas ringkas mesej Shuk dengan mengucapkan terima kasih di atas ucapan yang diberikan.

Rosa Sera Shuk SaharSumber : Astro Gempak  

Terdahulu, rumah tangga pasangan ini dikatakan kembali bergolak apabila Sera mendakwa Shuk kembali menjalin hubungan bersama seorang wanita bernama Fara Salleh.

Shuk dan Rossa telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain,4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia setahun.

Malah, turut muncul spekulasi yang mengatakan Shuk dan Sera sudah tidak tinggal sebumbung dan sedang dalam proses penceraian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...