Antara Huawei Nova 2i, Oppo F7 & Vivo V9, Yang Mana Terbaik Untuk Aidilfitri Tahun Ini?

Hiburan

Antara Huawei Nova 2i, Oppo F7 & Vivo V9, Yang Mana Terbaik Untuk Aidilfitri Tahun Ini?

Pejam celik pejam celik, sudah seminggu kita berpuasa. Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sudah tentu ramai yang bercadang untuk menukar smartphone mereka bersempena kehadiran Syawal ini. Biasalah bila hari raya mestilah nak bergaya dengan smartphone baru. Bolehlah “berlagak” sikit apabila bertemu dengan kawan-kawan dan saudara mara nanti. Tak gitu?

image

smartphone baru juga penting untuk memastikan gambar raya kita berkualiti tinggi

Namun agak sukar untuk kita membuat pilihan terlalu banyak smartphone yang ditawarkan di pasaran sekarang. Memang rambang mata dibuatnya. Jadi untuk memudahkan anda semua yang bercadang membeli smartphone baru, hari ini kami ada membuat perbandingan terperinci di antara Huawei Nova 2i, Oppo F7 dan juga Vivo V9. Semoga artikel ini akan dapat membantu anda membuat keputusan dalam memilih smartphone untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Advertisement

1. HARGA
Perkara pertama yang PALING PENTING dalam membeli sesebuah smartphone ialah harganya. Lagi murah lagilah bagus. Sekiranya bajet anda memang kurang daripada RM1000, Huawei Nova 2i adalah pilihan terbaik. Siap ada lucky draw yang menawarkan hadiah yang bernilai sehingga RM100,000

image

Tambahan pula, kini anda boleh dapatkan Huawei Nova 2i dengan rebat tunai sebanyak 6%. Boleh jimat RM57 tu! Sejak pelancaran Huawei Nova 2i ini, smartphone mampu milik ini cukup laris, lebih dari 400 ribu unit telah dijual!

table1

Huawei Nova 2i – RM999

image

Oppo F7 – RM1399

image

Vivo V9 – RM1399

image

2. Processor (kelajuan)

table2

image

Selepas harga, benda kedua yang paling penting di dalam sesebuah smartphone ialah kelajuan. Taknaklah tengah excited nak ambil selfie, tup-tup smartphone tue hang pulak. Tengah nak tunjuk gambar hensem kat awek, gambar tak loading-loading. Sebab itulah processor di dalam smartphone tersebut memainkan perangan yang penting. Secara asasnya, lagi banyak GHZ, lagi banyak core, lagi canggih teknologi, maka lagi lajulah smartphone tersebut. Huawei juga telah memprkenalkan sesuatu ciri-ciri yang mampu mengekalkan kelajuan smartphone anda, iaitu MLA ataupun Machine Learning Algorithm. Senang cerita, ciri-ciri ini mampu mempelajari cara pengunaan harian anda sambil mengekalkan kelajuan processor smartphone Huawei Nova 2i ini. Dengar cerita, lepas penggunaan selama 18 bulan, Huawei yakin dan pasti bahawa “experience” dan “performance” anda akan berada pada tahap optimum.

3. Kamera

image

Hari Raya Aidilfitri kelak pastinya kita akan mengambil beratus-ratus gambar. Sama ada gambar selfie, gambar bersama keluarga, gambar pemandangan, gambar anak-anak, gambar makanan dan sebagainya. Kesemua itu memerlukan kamera yang berkualiti tinggi untuk memastikan hasil yang memuaskan. Jom kita tengok apa yang ditawarkan oleh ketiga-tiga smartphone ini:-

table3

Huawei Nova 2i – dwi-kamera hadapan gabungan 13MP + 2MP & kamera belakang 16MP + 2MP.

Sekiranya smartphone anda tidak mempunyai dwi-kamera, lupakanlah sahaja hasrat untuk membeli smartphone tersebut. Untuk Huawei Nova 2i, kedua-dua kamera depan dan belakang dilengkapkan dengan dwi-kamera. Ia menjamin gambar yang bermutu tinggi terutamanya untuk mereka yang gemar berselfie.

image

Siap ada “Selfie Toning Flash” yang akan membekalkan cahaya sekiranya anda ber’selfie’ di tempat kurang cahaya. Selain itu turut disediakan ialah kesan “Bokeh” untuk mencantikkan lagi gambar anda.

Fungsi Face Unlock ni pun sangat menarik, terutamanya untuk kategori smartphone di bawah RM1000!

Kalau anda nak tahu, Huawei Nova 2i ini antara 4 kamera terawal dalam industry yang mengadaptasikan ciri-ciri bokeh di camera depan dan belakang.

Oppo F7 – kamera hadapan 25MP & kamera belakang 16 MP

Kelemahan utama Oppo F7 ialah ketiadaan dwi-kamera di kala para pesaing yang lain kesemuanya sudah dilengkapkan dengan teknologi kamera tersebut. Sudah tentu ini sedikit sebanyak akan menjejaskan kualiti gambar yang diambil berbanding smartphone-smartphone yang lain.

image

Vivo V9 – kamera hadapan 25MP & dwi-kamera belakang 16MP + 5MP

image

Secara teorinya memang Vivo V9 mempunyai kamera yang paling power antara ketiga-tiga smartphone ini. Namun selepas sedikit kajian, didapati kamera Vivo V9 tidak dibantu dengan lensa monochrome menyebabkan anda sukar untuk menangkap gambar dengan latarbelakang yang kabur.

4. Skrin

Ketiga-tiga smartphone ini menawarkan Fullview Display buat para penggunanya, dengan kerangkanya hanya meliputi kira-kira 24% sahaja. Ini bermakna hampir keseluruhan smartphone ini adalah skrin. Memang puas hati sangat-sangat kalau layan movie, main game atau tonton drama di Netflix. Bab skrin, ketiga-tiga smartphone ini memang menjamin kepuasan mereka yang menatapnya.

image

table4

5. Bateri

Tiada apa yang lebih mengecewakan selain daripada smartphone tiba-tiba gelap, hitam dan tidak mampu dihidupkan kerana kehabisan bateri di kala tengah syok bergambar bersama si dia tercinta di Hari Raya Aidilfitri. Sebab itulah bateri yang tahan lama dan mampu “survive” berjam-jam tanpa dicas walaupun kita main game, layan Facebook, upload gambar Instagram serta sebagainya adalah satu satu ciri penting ketika nak membeli smartphone baru. Ketiga-tiga smartphone ini mempunyai bateri yang lebih kurang sama kuasanya dan keupayaan untuk bertahan adalah berdasarkan cara penggunaan.

Huawei Nova 2i – 3,340 mAH

image

Boleh bertahan sehingga 550 jam, berborak sampai lebam selama 20 jam dan berdasarkan review daripada pengguna, rata-rata memaklumkan yang Huawei Nova 2i ini mampu bertahan sepanjang hari dengan penggunaan yang biasa.

KESIMPULAN

Berdasarkan apa yang telah dikaji, ternyata Huawei Nova 2i adalah merupakan pilihan terbaik dan value for money. Dengan harga RM999, ternyata ia memberi persaingan hebat kepada Oppo F7 dan Vivo V9 yang baru sahaja dilancarkan. Ketiga-tiga smartphone ini memang mempunyai kualitinya yang tersendiri, namun jika ditanya kepada kami mana satu yang akan kami pilih, sudah tentu kami akan memilih Huawei Nova 2i.

Duit lebih hasil penjimatan boleh digunakan untuk membeli kuih raya, baju raya ataupun langsir raya. Tak gitu?

Sempena Aidiliftiri yang akan datang ini, kami harap agar perkongsian kami mengenai 3 smartphone di atas sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada mereka yang sedang ushar atau mempertibangkan pembelian smartphone baru.

Selamat mencuba!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...