Anda Rasa Mengantuk Selepas Lunch? Ini sebabnya!

Hiburan

Anda Rasa Mengantuk Selepas Lunch? Ini sebabnya!

Pernah tak anda rasa mengantuk dan malas setiap kali lepas makan tengah hari walaupun jumlah makanan yang diambil taklah banyak mana pun. Tapi kalau tak makan, rasa lapar pula, nak buat kerja pun rasa tak fokus je. Mesti rasa pelik kan, ya lah, kita makan untuk tambah tenaga bukan untuk rasa semakin letih kan.

1

Advertisement

Anda tak perlu risau, sebab perkara ni bukan berlaku kepada anda seorang sahaja, malah masalah ini juga adalah sesuatu yang normal dan dihadapi oleh ramai orang.

Tapi sebenarnya apa punca yang menyebabkan rasa mengantuk ni selalu muncul selepas menikmati makanan tengah hari anda? Ini antara sebab kenapa anda rasa mengantuk dan penat selepas makan tengah hari.

Proses penghadaman

2

Bila anda sedang bekerja, badan juga memerlukan tenaga untuk membantu anda melakukan kerja-kerja tersebut. Dari mana tenaga itu datang? Semestinyalah dari makanan yang anda makan tu. Dua organ khusus yang bekerja keras selepas makan ialah otak dan usus. Selepas makan, otak akan menghantar signal kepada usus untuk melakukan proses pencernaan. Sel-sel darah yang akan bekerja keras untuk memproses makanan yang anda dah makan tu.

Pada masa yang sama, otak mengeluarkan serotonin yang akan menyebabkan anda berasa mengantuk. Serotonin ialah bahan kimia yang mengawal kitaran tidur dan bangun anda.

Jenis makanan yang anda makan

3

Menu makanan tengah hari juga mempengaruhi rasa ngantuk yang anda selalu alami tu. Sebenarnya rasa mengantuk selepas makan tu disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam makanan yang dimakan. Ada sesetengah makanan tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi, pasta dan roti juga akan tinggi kandungan gula di dalamnya, jadi bila semua makanan ini dicerna ia akan betukar menjadi glucose.

Kandungan glucose yang banyak dalam badan akan membuatkan anda cepat letih dan mengantuk lagi-lagi bila waktu selepas tengah hari. Ini kerana badan perlukan tenaga tambahan untuk memproses lebihan gula dalam badan.

Jadi bagaimana nak mengatasi rasa mengantuk selepas makan tengah hari?

Nak mengurangkan rasa mengantuk selepas makan ni mudah sahaja, anda hanya perlu melakukan beberapa perkara seperti:

Bergerak selepas makan

4

Jangan malas selepas makan! Anda perlu banyak bergerak supaya oksigen mencukupi dibekalkan ke seluruh badan. Oksigen yang mencukupi membantu anda lebih segar dan cergas, jadi kuranglah rasa mengantuk tu nanti. Kalau tak sempat nak melakukan senaman ringan, cukuplah lebihkan berjalan seperti turun naik tangga.

Pilih menu yang sihat

5

Pemilihan menu makan tengah hari anda sememangnya memainkan peranan penting. Pilih menu makanan seimbang dan sihat, anda juga boleh amalkan konsep suku, suku, separuh serta kurangkan makanan tinggi karbohidrat.

Amalan pemakanan yang seimbang dapat mengurangkan rasa mengantuk, tetapi makanan tambahan seperti multivitamin juga boleh membantu anda untuk terus fokus melakukan pekerjaan walaupun selepas waktu makan tengah hari.

Bukan itu sahaja, pastikan anda tidak lupa untuk masukkan buah-buahan di dalam menu harian anda.

Kenapa?

Buah-buahan mengandungi pelbagai vitamin dan zat yang sangat baik untuk tubuh serta otak. Anda perlu menerima semua nutrien yang mencukupi untuk ia berfungsi dengan baik. Selain itu, buah-buahan juga sangat membantu dalam proses penghadaman.

Tapi, anda semua tak perlu runsing, ada cara yang sangat mudah dan ringkas untuk anda dapat segala kebaikan buah-buahan ni tau tanpa memerlukan effort yang banyak.

6

Anda wajib cuba minuman kegemaran ramai No. 1 di Malaysia, Tropicana Twister. Rasa dia memang sedap, itu kami jamin.

Sebut sahaja Tropicana Twister, pasti anda akan terbayangkan jus oren dengan sari buahnya yang cukup juicy. Kaya dengan vitamin A, C dan E, ia memberikan 3x lebih banyak sac*.

7

Yang paling menarik, Tropicana Twister kini berwajah baru dengan rasa dan kebaikan yang tetap sama.

Tunggu apa lagi? Dapatkan sebotol 355ml atau 1.5l Tropicana Twister dan rasai kelazatan buah-buahan sebenar terus kepada anda.

*Dibandingkan dengan isi buah oren Tropicana Twister Fruit Pulp



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...