Anak Tak Pernah Makan Ayam, Wawa Zainal Dedah Attar Hanya Makan Nasi Dan Sup Kosong

Hiburan

Anak Tak Pernah Makan Ayam, Wawa Zainal Dedah Attar Hanya Makan Nasi Dan Sup Kosong

Pelakon dan juga usahawan, Wawa Zainal baru-baru ini berkongsikan perkembangan anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar yang mula menunjukkan minat untuk menjamah daging ayam.

Kata Wawa, anaknya itu tidak gemar memakan makanan berunsurkan daging sejak tujuh tahun lalu dan hanya suka makan nasi bersama sup kosong.

Advertisement

Wawa Zainal Aeril Zafrel
3 years ago

Berpeluk Dan Berguling Dalam Filem Sabda Kekasih, Aeril Dan Wawa Zainal Tak Kisah Dikecam

Perkara tersebut dikongsi Wawa menerusi sebuah hantaran di Instagramnya sambil memaparkan saat-saat Attar menikmati daging ayam untuk tatapan peminat.

“Alhamdullilah selepas 7 tahun, Attar dah pandai makan ayam. Semalam masak ayam kari kemudia dia kat dapur. Dia cakap bau sedap dan nak try, akhirnya dia pun try ayam kari semalam.”

Ujar isteri kepada Aeril Zafrel ini lagi, anak sulungnya itu sebelum ini hanya memilih nasi dan sup kosong serta buah-buahan sebagai makanan harian.

Harapan pelakon filem Sabda Kekasih ini lagi, dia ingin Attar makan sayur-sayuran pula selepas ini.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil berkongsikan pengalaman masing-masing dalam berdepan selera anak-anak di rumah.

Sekadar info, Wawa dan Aeril mempunya tiga orang cahaya mata iaitu Attar,8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,6, dan Ayyasofya yang kini berusia dua tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...