“Anak Tak Masuk Duit Lagi” – Berulang Kali Cuba Keluarkan Duit Dari ATM Tapi Gagal, Rupa-Rupanya…

Kehidupan

“Anak Tak Masuk Duit Lagi” – Berulang Kali Cuba Keluarkan Duit Dari ATM Tapi Gagal, Rupa-Rupanya…

Setiap manusia diuji dengan cara yang berbeza-beza oleh Allah SWT.

Baru-baru ini tular di media sosial TikTok di mana seorang pengguna yang dikenali sebagai @Miyy berkongsikan sebuah video yang menyayat hati.

Advertisement

Di dalam perkongsian itu, rakaman menunjukkan seorang warga emas berkali-kali memasukkan kad bank ke dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tetapi gagal.

Selain itu, video juga menunjukkan warga emas berkenaan menenung kad miliknya walaupun sudah keluar dari bank.

Walau bagaimanapun, tunang kepada pemilik video tersebut sempat bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh pak cik itu dan dikatakan niatnya adalah untuk mengeluarkan wang tetapi gagal kerana duit di dalam akaun berjumlah hanya RM11.

Tunang kepada pemilik video itu juga sempat menghulurkan sejumlah wang sebagai sedekah untuk pak cik tersebut sebagai pertolongan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa sebak dengan nasib warga emas berikut dan ada juga yang memuji tindakan lelaki di dalam video itu kerana sanggup menolong pak cik tersebut.

2 years ago

(VIDEO) Bapa Sebak Terpaksa Berpisah Dengan Anak Masuk MRSM, Kecewa Tak Dapat Hantar Sebab Kemalangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...