Anak Sukar Dapat Kewarganegaraan Malaysia, Loca B Kesal Wanita Sering Menjadi Mangsa Diskriminasi

Hiburan

Anak Sukar Dapat Kewarganegaraan Malaysia, Loca B Kesal Wanita Sering Menjadi Mangsa Diskriminasi

Penyanyi rap terkenal, Loca B meluahkan rasa kesal apabila usahanya untuk mendapat taraf kerakyatan anaknya Yusuf seolah-olah telah menemui jalan buntu.

Loca B
3 years ago

Loca B Alami Keresahan Melampau Baca Komen Netizen, Tutup Notifikasi Media Sosial

Advertisement

Dia berkongsi perasaan kecewanya itu menerusi sebuah hantaran Instagram di mana dia difahamkan sedang dalam perjalanan ke Pesuruhjaya Sumpah untuk menyelesaikan beberapa hal berkaitan dokumen permohonan kerakyatan Yusuf.

Ujar Loca B atau nama sebenarnya Nabilah Hani Azali,29, dia sudah berkali-kali turun naik mahkamah namun usahanya itu masih gagal.

Benda ni dah tertangguh selama dua tahun kerana PKP dan apabila lepas berusia 7 tahun nanti hampir mustahil untuk dia mendapat kerakyatan.

Yusuf akan berusia 6 tahun pada tahun hadapan dan saya risau dengan masa depan dia di negara ini. Saya cuma mahu dia bersama dengan saya, ia tidak sepatutnya sesukar ini untuk anak saya tinggal saya di negara ini.

Tambahnya lagi, anaknya itu sepatutnya telah mendapat kerakyatan sejak dia dilahirkan namun karena birokrasi menyebabkan Loca berasa seperti didiskriminasi hanya kerana dia bergelar seorang wanita.

Kalau lelaki boleh direct kenapa wanita tidak boleh? Kita tinggal di negara yang kerajaannya mendiskriminasi wanita. Kerajaan okey untuk menerima rayuan, untuk menidakkan hak saya sebagai wanita di negara saya.

Penyanyi lagu Gila ini turut merasakan kepayahan yang dirasakan olehnya kini pasti lebih sukar buat wanita di luar sana yang kurang bernasib baik seperti dirinya.

Difahamkan, Visa milik Yusuf akan luput berikutan operasi pejabat imigresen yang tidak membenarkan sebarang temujanji kerana pandemik COVID-19.

Bagi tujuan pembaharuan Visa,  Loca B perlu mendapatkan surat hak penjagaan anaknya itu menerusi prosedur mahkamah namun tarikh perbicaraan mengenai kes itu telah dipindahkan dari bulan Jun ke bulan Disember.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...