“Anak Saya Tak Mati Katak..” – Ibu Allahyarham Sandra Dianne Terguris Baca Komen Sinis

Hiburan

“Anak Saya Tak Mati Katak..” – Ibu Allahyarham Sandra Dianne Terguris Baca Komen Sinis

Ibu mana yang tak sedih apabila anak kesayangan pergi menghadap Ilahi, tetapi makin hiba apabila ada yang tergamak meninggalkan komen tidak sensitif terhadap orang yang sudah tiada.

Ibu kepada Allahyarham Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah Abdullah meluahkan rasa terkilan dengan komen seorang individu yang mengatakan kematian anaknya sebagai mati katak.

Advertisement

ibu sandra dianne terguris kata hinaan

Jelas wanita itu, tidak sepatutnya komen sedemikian diucapkan memandangkan ahli keluarga arwah masih lagi sedang berkabung.

“Terima kasih kerana anda sudi komen walaupun komen anda tak sepatutnya ditulis sebegitu. Saya tak mahu bercerita tentang ini tetapi memandangkan komen anda sinis dan memedihkan hati, sebagai seorang ibu yang kehilangan anak dalam kemalangan yang tragis ingin saya beritahu ya, anak saya yang awak cakap mati katak tu meninggal dalam keadaan menangis dan hidungnya berpeluh.”

Tambah Nur Syakinah lagi, wajah arwah sangat bersih dan tenang seperti orang yang sedang tidur. Malah dia meminta agar Allah tempatkan anaknya dalam kalangan orang-orang yang diredai.

Advertisement

Bahkan individu yang menggunakan akaun palsu untuk menulis bait kata berbaur hinaan terhadap arwah tersebut turut menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen.

ibu sandra dianne terguris kata hinaan

Allahyarham Sandra yang juga merupakan peserta program Big Stage 2020 disahkan meninggal dunia semalam, selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tenah (ELITE) berhampiran Subang Jaya.

Jenazah juga sudah selamat dikebumikan di kampung halamannya bertempat di Tuaran, Sabah.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

9 Comments

  1. Just me

    September 13, 2020 at 6:17 pm

    Nmpk sgt bodohnye…mne de islam ckp meninggal Jumaat masuk syurga, tp Allah janjikan meninggal Jumaat terlepas siksaan kubur…jgn pndg luaran, dr pd pndgan Allah kite x tau…jgn suke² menilai, pengakhiran kite esk x tau cmne…sepatutnye didoakan keluarga arwah tu…

  2. Anonymousjugak

    September 13, 2020 at 6:23 am

    Jahatnya kejam…takde benda baik nak ckp psl pemergian seseorang lebih baik diam…kita bukan Tuhan

  3. zarilan

    September 12, 2020 at 10:18 pm

    Kita tak boleh komen orang ni masuk neraka, orang ni ahli syurga dan sebagainya. Kita hanyalah manusia biasa bukannya rasul atau nabi yang diberikan wahyu untuk berkata begitu.

  4. Anonymous

    September 12, 2020 at 9:26 pm

    Kejam nya bahasa.. Jangan sampai Allah balas

  5. emanon

    September 12, 2020 at 5:35 pm

    Ntah yg komen tu plak nnt eksiden, tak ker mati katak jgak ko? Tak sensitif langsung, jelas yg komen tu islam jgak. Self reflect lah sblum nak komen mcm org xde hati nie

Loading...