“Anak Nak Ke Sekolah Macam Mana?!” – DDNK Ambil Semua Kereta, Bekas Isteri Akui Kesal Dan Menyusahkan

Kehidupan

“Anak Nak Ke Sekolah Macam Mana?!” – DDNK Ambil Semua Kereta, Bekas Isteri Akui Kesal Dan Menyusahkan

Difahamkan, semalam bekas isteri kepada DDNK iaitu Hasmawatie telah mencecah umur 43 tahun, namun katanya sambutan kali ini tidak disambut dengan meriah.

Ia kerana wanita tersebut dijangkiti dengan COVID-19 dan mendapat berita kurang enak daripada peguam serta ejen kereta.

Advertisement

Sebelum ini, Hasmawatie sedang dalam proses menjual dua buah kereta atas namanya dan bekas suami telah bersetuju untuk menggantikannya, namun DDNK secara tiba-tiba menarik balik keputusan itu serta mahu mengambil kedua-dua kereta itu semula.

Disebabkan hal tersebut, wanita itu meluahkan rasa terkilan apabila mendengar respon DDNK selepas ditanya bagaimana tentang anak mereka untuk hantar dan pulang dari sekolah.

Biarpun sudah diberikan butiran mengenai kereta lain sebagai ganti, namun tiada sebarang perkembangan berkaitan hal terbabit. Susulan itu, Hasmawatie bertegas bahawa dirinya tidak akan halalkan apa-apa jika diselesaikan dengan cara baik.

komen netizen

komen netizen

Meninjau di ruangan komen, selain ramai yang mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran, ramai juga meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut serta mendoakan dia kuat untuk hadapi ujian yang sedang dilalui.

Bekas isteri DDNK
3 bulan lalu

“Saya Takkan 'Move On'” - Bekas Isteri DDNK Dedah Masih Belum Terima Nafkah Iddah Dan Harta Sepencarian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Tinggalkan Komen Anda Di Sini